being stronger day by day

Daisypath Anniversary tickers

Suka? Terima kasih =D

Monday, 20 June 2011

(The Ten) DAY FOUR : 10 things I want to say to ONE person

Soohh sehh. Sooh sehh. Garu hidung, pergi toilet. Garu hidung pergi toilet. Korang rasa aku buat apa? Haha. Aku buang cecair-cecair hijau lah. Selsema dah menguasai diri aku. Sedih sangat, bila nak bersin je mula mata berair-air. Bila EncikGulaHati tanya kenapa, aku kata aku sedih sebab dia tak jaga aku. Haha. Apa benda aku merepek pun aku tak tahu.


Harini aku nak buat entri yang ke-4 untuk sesi The Ten aku. Kawan-kawan aku dah sampai tujuh, aku baru empat. Maka dah terbuktilah bahawa sesungguhnya aku ni pemalas. Bukan apa. Aku malsa nak tunggu laptop ni on. Haha. Nanti aku nak upah Apple cipta satu laptop untuk aku yang tak payah nak off, boleh selama-lamanya on, so tak perlu kah aku nak tunggu loading.*Cakap macam banyak diut, mainan punya boleh la, dari EncikGulaHati.


AMARAN KERAS : Entri ni akan buatkan anda muntah pink, jadi kepada sesiapa yang berani baca boleh teruskan. Kepada mereka yang rasa-rasa akan loya dan muntah, sila sediakan besen muntah sebelah anda.*Takut tak sempat nak lari ke toilet. Kepada yang tak suka, anda dipersilakan meninggalkan ruangan ini. Sekian.


Disebabkan aku kena pilih SEORANG je untuk tujukan 10 perkara yang aku nak cakap, maka aku pilih EncikGulaHati aku ni. Sebabnya aku tak berani nak ucapkan kata-kata ni depan dia. Sebab aku tahu dia akan buat muka taktahu. Bila ditanya dengar ke tak, jawapannya simple,'Ye. I dengar'. Tu je? Sedih kan. Haha.

Inilah EncikGulaHati saya. Comel kan?

B, here are 10 things i want to tell you. Read carefully okay.




ONE : Terima kasih kerana hadir dalam hidup kita. Awak dah berjaya tawan hati kita.

TWO : Kita nak bagitahu awak yang kita sayangkan awak, walaupun awak selalu marah-marah kita.

THREE : Awak tahu tak, kita selalu rindukan awak walaupun awak tak rindukan kita.*Sedih tau!

FOUR : Kita suka bila awak selalu nak hantar kita pergi klinik bila kita sakit. That means you do care about me.

FIVE : Setiap malam sebelum tidur, kita selalu berangan-angan duduk atas pelamin yang terbang di awangan bersama awak, dengan tema baju kita colour hitam putih.Colour favourite awak kan? Tahi cicak. Hehehe. Tapi  angan-angan ni macam mengarut je kan.

SIX : Awak tahu tak, bila kita jalan-jalan and terjumpa kedai bunga kan, kita selalu tertanya-tanya dalam hati, bila agaknya awak nak bagi kita bunga. *Saja nak jadi womantok jugak, boleh?
Nak macam ni!!!!!!

SEVEN : Awak, kita nak mengaku ni. Kita selalu terlepas kentut kat teddy bear yang awak  bagi. Awak tak marah kan?

EIGHT : Awak, bila awak gelakkan kita kan, kita rasa macam nak pulas je telinga awak sampai jadi bentuk itik. Tapi nanti awak marah kita. 

NINE : Awak ni GEDIK lah!

TEN : Mohd Alif Haiqal, jom kawen!*Hehehe. 


Sekian sahaja kata-kata geli-geli saya. Banyak lagi nak letak, tapi takut termuntah purple pulak. Hehe.


Notahandkerchief :
Menyelesaikan entri ni dengan mood sangat EMOSI TT_TT




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...