being stronger day by day

Daisypath Anniversary tickers

Suka? Terima kasih =D

Thursday, 9 June 2011

Nora Elena lagi?

Tengok tajuk je mesti dah meluat kan. Tak habis-habis cerita pasal drama bersiri 'Nora Elena' kat TV3. Rata-rata blogger pun dah bersuara tentang drama ni. Aku pun saja je nak bersuara. Aku bukan nak suarakan takpuashati or sukagembira aku towards drama ni. Tapi cuma nak kongsi cerita. *nak baca boleh baca, taknak sudah!*


Rata-rata aku tengok golongan-golongan Hawa memang sungguh-sungguh mengikuti drama ni. Tak boleh tinggal walau satu episod pun. Mungkin sebab pelakon-pelakonnya sama cantik sama lawa.


memang cantik memang tampan.



 Walaupun aku layan cerita ni, tapi aku layan gitu-gitu je. ENCIKGULAHATI aku pun tak pernah hayat nak layan drama macam ni. Sehinggalah petang tadi, lepak dengan aku sambil menonton drama 'Nora Elena'. Tiba-tiba ENCIKGULAHATI bersuara,

EncikGulaHati : Kenapa ramai perempuan suka tengok drama ni?
Aku : Sebab diorang suka tengok sifat romantik Seth (Aaron Aziz) dalam cite ni. U tak rasa dia romantik ke?(saja nak pancing,hehe)
EncikGulaHati : Erm, biasa je I tengok. Tapi kan, I macam dia tak?
Aku : (hanya mampu gelak sebab dalam diam rupanya dia nak jugak jadi macam Seth.haha)


Tapi apa pun aku bersyukur dengan dirinya sekarang. Rasanya tak perlu kot orang macam Seth untuk bahagiakan aku. Setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.

1 comment:

JHaZKiTaRo said...

salam kenal.. rajin2, jemput singgah my blog (Aku Sebutir Pasir) kalau nak baca my experiences travelling ke 46 buah negara.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...