being stronger day by day

Daisypath Anniversary tickers

Suka? Terima kasih =D

Saturday, 4 June 2011

finally it has come to the end

Jam berganti hari, hari berganti minggu, akhirnya tamat sudah praktikal aku selama tiga minggu kat Dungun. Lega rasanya lepas satu tanggungjawab. Kawan-kawan aku baru nak berangkat dari Dungun harini. Aku dah sampai KL hari Khamis lagi. Perjalanan yang sangat lama dan sangat menakutkan. Aku ni fobia sikit kalau bas lalu dekat kawasan bukit-bukit. Teringat berita-berita tentang bas terbalik di kawasan Lebuhraya Karak tu. Hanya doa je lah yang aku mampu. 


Bagi aku praktikal kali ni memang sangat menarik dan banyak kenangan. Kenangan dengan kawan-kawan. Terasa macam satu family dah. Kali ni aku berjaya untuk tidak mengulangi kesilapan praktikal-praktikal yang lepas. Apa lagi kalau bukan ber 'World War' dengan si dia. Alhamdulillah, tiga minggu berjalan dengan lancar.

Sebelum cuti ada osce dan final Sejarah and English. Yang paling malas nak menelaah dah tentulah subjek kegemaran ramai, Sejarah. Apa-apa pun aku redha je lah, bila dah malas macam ni lah. Say goodbye to the subject. *memang nak kena ketuk!*


Cuti seminggu tak plan apa-apa lagi. Tapi dalam kepala ni asyik terfikirkan benda yang sama, nak pergi jauh dari KL nak tenangkan fikiran. Tapi taknak pergi sorang. And tempat pun tak tau kat mana. Kesian orang yang tak berkampung ni. Kalau ada kampung boleh la lepak kampung sampai cuti habis. Apa pun plan utama nak celebrate birthday daddy yang coming soon. 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...