being stronger day by day

Daisypath Anniversary tickers

Suka? Terima kasih =D

Thursday 30 June 2011

Bola lagi.

Assalamualaikum semua.


Seperti yang semua orang tahu, game Malaysia Taiwan semalam berakhir dengan keputusan Malaysia 2-1 Taiwan. Aku dan EncikGulaHati join penyokong-penyokong lain tengok team Harimau Malaya beraksi di padang. Game yang menarik. Cuma EncikGulaHati tak puas hati sikit. Kenapa tu kena tanya dia.

Diluar jangkaan aku, penyokong yang turun semalam sangat ramai. Walaupun semalam hari berkerja, ramai jugak yang sanggup bersesak di jalan untuk menyaksikan pemain-pemain kita beraksi. Semangat macam ni lah yang aku suka. Semua bersatu tak kira datang dari negeri mana sekalipun. Bila penyokong ramai, player-player pun akan lebih bersemangat nak main. Sebabnya penyokong adalah salah satu faktor kemenangan sesuatu permainan tu. Tapi aku tak kata kalau takde penyokong tak boleh menang. Yang penting semangat kena kuat.

Ahad ni tengok team Harimau Malaya main kat Taiwan pulak. Hopefully Malaysia berjaya. Sama-sama doakan kejayaan team tanah air kita.

Tuesday 28 June 2011

ADA KE KUCING GAY?

Lelaki gay, bagi aku tu dah biasa dengar, dah biasa tengok. And biasa lah, dah nama pun gay kan, mestilah perlakuan pun macam sepasang kekasih tapi ni versi lelaki dan lelaki. Kalau dulu orang malu nak tunjuk yang diorang tu gay, tapi sekarangm tanpa segan silu boleh berlentok-lentok, perpegang-pegang dan bertepuk tampar depan public. Okay, itu fenomena biasa berlaku sekarang ni.


Korang pernah tak dengar KUCING GAY? I mean male cat with male cat. This thing came across my mind when i saw my cats(both male) were like 'bercinta' infront of me. Kucing aku seekor abang seekor adik. Yang si abang tu active jugak, selalu keluar rumah cari pasal dengan kucing lain. Tapi yang si adik ni macam lembik je, suara pun halus gitu. Beza umur takde lah jauh sangat pun.

Bila sampai je waktu malam, mula lah si abang ni cari-cari si adik. Bila dah jumpa, berjilat sana berjilat sini. Kadang-kadang yang kurang senonoh tu si abang akan jilat bahagian belakang si adik and sebaliknya. Yang tak boleh blahnya boleh pulak diorang buat drama tu atas meja makan. Kadang-kadang aku sergah jugak diorang tu. Nak elakkan maksiat berleluasa. Haha. Sampaikan adik aku Ayuni kata diorang tu buat hubungan songsang.


Ada jugak aku google pasal kucing gay ni. Tapi semuanya pendapat. Belum jumpa lagi faktanya. Yang aku jumpa adalah video bawah ni.


Betul ke kucing ni gay, wallahualam. Tapi bagi aku ni belum cukup memuaskan aku lagi untuk soalan aku tu.

(The Ten) DAY SEVEN : 10 important people

Assalamualaikum. Lega bila presentation PC Com dah settle. Tak payah fikir lagi dah lepas ni. Tinggal berapa assignment je lagi. Disebabkan bosan melayan kerenah diorang buat presentation kat depan, and dengan kerajinan aku yang dah datang ni, so aku nak continue dengan The Ten.

SATU : Semestinya parents saya! Tanpa mereka takde kot aku ni. Hehehe
DUA : My siblings. Sunyi kot kalau diorang takde kat rumah. Sebab diorang punya mulut banyak bising woo.
TIGA : Siapa lagi, EncikGulaHati saya lah! Kemana saya pergi, suka duka semuanya bersama dia. Memahami walaupun kadang-kadang tak. LOVE U B!
EMPAT : Bibik aku yang tersayang. Bukan orang gaji ye, tapi makcik. Keluarga mak aku kan ada mix Jawa, so semua panggilan pun dalam Jawa la ye.
LIMA : Fatin si keding. Kawan baik saya yang sentiasa ada bila saya perlukan dia. Sayang sangat-sangat kat kau!
ENAM : Mama and Ayah EnikGulaHati. Sebab mereka selalu ambil berat tentang saya. =)
TUJUH : Kawan-kawan saya dikolej kerana merekalah penghibur saya di kolej.
LAPAN : Aunty Dobi bawah rumah, sebab kalau aku malas nak basuh baju, aku hantar je kat dia. So dia pun penting.
SEMBILAN : Makcik kedai makan kat bawah kelas, kalau dia takde apa aku nak makan. Sebab kat sini takde kedai lain dah. Hehehe
SEPULUH : Sesiapa saja yang dianggap penting. Hahaha.*Dah taktahu nak letak siapa.




Sekian saja.

Sunday 26 June 2011

Bola Bola Bola

Ehh, musim bola ke sekarang ni? Bukan kan? Bukan, bukan. EncikGulaHati memang minat gila kat bola. Ehh bukan minat kat bola tu, maksud aku football game. Kalau nak tahu betapa fanatiknya terhadap bola, boleh baca sini.


Aku bukan nak bercerita tentang minat or what. Tadi aku ada terbaca info ni. Siapa tak kenal Ashley Young kan. Pemain tengah Aston Villa and England. Sekarang ni beliau dah pun sign kontrak dengan Manchester United lepas Sir Alex Ferguson mendapat khidmat pemain pertahanan muda England and Blackburn Rovers iaitu tak lain tak bukan Phil Jones.  

Agaknya lepas ni siapa lagi Sir Alex nak beli kan. Hahaha.




Rabu ni bersamaan dengan 29 June 2011,akan adanya perlawanan bola sepak bagi kelayakan Piala Dunia Zon Asia 2014. Malaysia akan menentang Taiwan (atau dikenali sebagai Chinese Taipei) kat Bukit Jalil. Dan semestinya aku dan EncikGulaHati pergi menyokong pasukan kebangsaan kita. Moh la ramai-ramai menyokong team tanah air kita.


Notahandkerchief :
Nampaknya mood bola EncikGulaHati dah sampai. Ke stadium je la lepas ni.



segmen #1: aktiviti 2

Activity satu dah. Sekarang activity dua pulak. Activity dua kena buat entry tentang apa yang aku suka kat blog group aku.

1. Blog Cik NanaKimie


Suka sangat header blog. Simple and comel. Susunan blog kemas and senang nak baca.


2. Blog Cik Najlaa 


Suka entri and background.


3. Blog Cik Mumui 


Love the header, so Pooh! 


4. Blog Cik Belalang 


Suka kehijauannya. Blog senang baca.


Saturday 25 June 2011

(The Ten) DAY SIX : 10 items I cant live without

Argh! Sakit gila kaki. Macam nak tercabut je! Berjalan dari Dang Wangi sampai Bukit Bintang dan terus ke KLCC bersama EncikGulaHati sebab train delay. Memang tak pernah bermimpi pun nak jadi tourist kat negara sendiri. Tak dapat dibayangkan berapa jauhnya aku berjalan. Yang paling kesiah EncikGulaHati lah. Sebab dia memang tak suka berjalan jauh. Tapi walaupun penat, itulah kenangan yang terindah.*Enough!

Entri ni bukan nak bercerita tentang apa yang terjadi hari ni. Tapi nak sambung buat The Ten. Rasanya dah lebih sepuluh hari dari hari pertama aku buat benda ni, tapi tak habis-habis jugak. Sebab aura kemalasan dah menyelubungi diri. Harini mood rajin dah datang, maka akan kuteruskan perjuanganku. Ayat tak boleh blah. Haha.

Antara 10 benda yang aku tak boleh hidup kalau takde ialah seperti berikut.

SATU : Aku tak boleh hidup kalau takde makanan. Yelah, kalau tak makan macam mana nak hidup kan. 


DUA : Tak boleh hidup kalau tak minum air. Badan pun akan mengalami hydration. 


TIGA : Aku tak boleh hidup kalau tak dengar music. Bagi aku music adalah penghibur dikala aku tengah sedih, dan pengubat dikala aku terluka.*EncikGulaHati, note this!! Itu sebab lirik lagu sangat penting dan maknanya sangat mendalam. 


EMPAT : I just cant live without my bantal busuk. Bantal busuk yang pertama dulu dah kena buang dengan daddy, memang time tu sangatlah sedih sampai 3 hari metajuk taknak makan.


LIMA : Tak boleh hidup kalau takde air untuk mandi. Siapa nak bau busuk kan? Euuw!


ENAM : Laptop! Tanpa laptop memang aku akan mati kutu. Sebab taktau nak buat apa. Lagi-lagi kalau nak buat assignment kan.


TUJUH : Jam tangan sangat penting bagi aku. Sebab aku suka tengok masa. 


LAPAN : I cant live without handphone. Kalau handphone takde macam mana nak contact dengan yang tersayang masa aku jauh. Takkan nak tulis surat macam dulu-dulu. Tapi sekali-sekala seronok jugak kan tulis surat.


SEMBILAN : Aku tak boleh hidup kalau takde SPECTICLES. Sebab aku rabun. Hahaha.
SEPULUH : Syampoo pun penting! Kalau takde shampoo aku akan mengamuk macam orang gila. Sebab aku sayang rambut aku.

segmen #1: aktiviti 1

1st segmen yang aku dah follow dari Shiema Sufian, and this is her 1st activity from her segmen. Aktivitinya ialah follow me, i will follow you. And here is the bloglist i've followed.

1. iffahizzati 
2. ninie 
3. nanakimie 
4. cikungu 
5. mumui 
6. najlaa 
7. cikbelalang 

Thursday 23 June 2011

segmen #1: jom jelajah

Jom lah join segmen ni. Kalau nak join klik kan header atas ni. 

Orang yang ditag :

Sign of a serious relationship

When you met someone you really care about, and when you are with that person, of course you want a serious relationship. Termasuklah jugak aku ni. Yelah, Nak memulakan sesuatu hubungan tu bukan senang. Mula-mula nak kenal nama, umur alamat rumah bagai. Lepas tu masuk stage yang seterusnya, belajar kenal hati budi masing-masing. Bila dah serasi semestinya kita nak hubungan jadi serius. There are few signs of a serious relation.


1. Kenalkan dengan parents.
Bila si dia dah bawa kita jumpa parents dia, dah semestinya si dia nak family dia tahu dengan siapa dia berkawan, and dah tentunya nak kenalkan kita dengan parents dia. Yelah, kot-kot ada ke ciri-ciri menantu dicari. Hehehe.

2. Menggunakan 'kita' setiap kali bercakap.
Kalau sidia dah mula menggunakan 'kita' dalam setiap perancangan atau perbualan, itu menunjukkan dia serius dengan kamu. Contohnya, bercakap tentang masa depan kita.

3. Si dia mula menganggap kamu orang yang penting.
Selain keluarga, kamu juga tersenarai dalam VIP list si dia. 

4. Mula memikirkan masa depan bersama.
Dalam hubungan yang serius, si dia akan mula fikir tentang masa depan bersama. Nak beli rumah macam mana, nak tinggal kat mana. Nak berapa anak. Kiranya macam perancangan awal.



Notahandkerchief :
Merepek dikala fed up buat assignment. Apa pun tak boleh.





Wednesday 22 June 2011

Wordless Wednesday #2



Tuesday 21 June 2011

Keep on waiting.

I've been sitting here and about 70% of this time just waiting. Waiting on somebody, waiting on something. Yeah, there's something in our life that we've been working on, so we waitin for. Facing that elusive dream. Most of we keep waiting until our time is over." WHY?? It doesn't matters." One time, I wonder what we waiting on is ourselves. Before got so much of are what we waiting for or we missed for, We got to appreciate what we got. The truth is I will always be something we need or want, something we feel we have to have, we earning for, something missing. We could wonder how long its gonna take. All it could be wonder or are we just wasting our life's waiting. <3





(The Ten) DAY FIVE : 10 wishes

Harini dah start belajar subject baru. Walaupun cuma satu subject je harini, tapi aku dah betul-betul tanam azam dalam diri sendiri untuk tumpukan sepenuh jiwa dan raga semester ni. Dah empat semester berlalu pergi, biasalah, adat belajar ada turun naik. Tak lama lagi nak habis dah, lepas ni no more to college. Tak sabar sungguh nak tunggu saat tu. Hehehe. Tapi tabiat balik awal memang tak dapat nak elak, haha. Siapa suruh takde lecture kan.

Disebabkan keboringan yang terlampau kat rumah ni, so aku nak teruskan dengan The Ten aku ni. 


SATU : I wish for a DSLR lah! Dah lama tunggu ni tak dapat-dapat. Takpe, orang kata sabar tu separuh daripada iman. 

DUA : I wish that EncikGulaHati will always be there everytime I need him.

TIGA : I wish for a bouquet of roses for my next birthday. Tapi siapa yang nak bagi ek? TT_TT

EMPAT : I nak kalau boleh cepat lah habis belajar. 

LIMA : How I wish if I could be a princess. Haha.*Perasan gila nak jadi princess. Cuba cermin dulu diri tu.

ENAM : Nak beli kereta lepas habis belajar. Myvi Elegance, wait for me!*EncikGulaHati, note this!

TUJUH : I wish to improve my performance dalam academic. Demi menjadikan impian parents kenyataan.

LAPAN : Nak anak dua orang je bila dah kahwin nanti. Tapi kalau dah rezeki lebih dari dua, Alhamdulillah je.*Kahwin pun belum dah gatal gelenyar fikir pasal anak ye. tampar kang!

SEMBILAN : Nak kahwin dengan EncikGulaHati lah!

SEPULUH : Perut dah buncit, so nak kecikkan kebuncitan ni. Hehehe.



Monday 20 June 2011

(The Ten) DAY FOUR : 10 things I want to say to ONE person

Soohh sehh. Sooh sehh. Garu hidung, pergi toilet. Garu hidung pergi toilet. Korang rasa aku buat apa? Haha. Aku buang cecair-cecair hijau lah. Selsema dah menguasai diri aku. Sedih sangat, bila nak bersin je mula mata berair-air. Bila EncikGulaHati tanya kenapa, aku kata aku sedih sebab dia tak jaga aku. Haha. Apa benda aku merepek pun aku tak tahu.


Harini aku nak buat entri yang ke-4 untuk sesi The Ten aku. Kawan-kawan aku dah sampai tujuh, aku baru empat. Maka dah terbuktilah bahawa sesungguhnya aku ni pemalas. Bukan apa. Aku malsa nak tunggu laptop ni on. Haha. Nanti aku nak upah Apple cipta satu laptop untuk aku yang tak payah nak off, boleh selama-lamanya on, so tak perlu kah aku nak tunggu loading.*Cakap macam banyak diut, mainan punya boleh la, dari EncikGulaHati.


AMARAN KERAS : Entri ni akan buatkan anda muntah pink, jadi kepada sesiapa yang berani baca boleh teruskan. Kepada mereka yang rasa-rasa akan loya dan muntah, sila sediakan besen muntah sebelah anda.*Takut tak sempat nak lari ke toilet. Kepada yang tak suka, anda dipersilakan meninggalkan ruangan ini. Sekian.


Disebabkan aku kena pilih SEORANG je untuk tujukan 10 perkara yang aku nak cakap, maka aku pilih EncikGulaHati aku ni. Sebabnya aku tak berani nak ucapkan kata-kata ni depan dia. Sebab aku tahu dia akan buat muka taktahu. Bila ditanya dengar ke tak, jawapannya simple,'Ye. I dengar'. Tu je? Sedih kan. Haha.

Inilah EncikGulaHati saya. Comel kan?

B, here are 10 things i want to tell you. Read carefully okay.




ONE : Terima kasih kerana hadir dalam hidup kita. Awak dah berjaya tawan hati kita.

TWO : Kita nak bagitahu awak yang kita sayangkan awak, walaupun awak selalu marah-marah kita.

THREE : Awak tahu tak, kita selalu rindukan awak walaupun awak tak rindukan kita.*Sedih tau!

FOUR : Kita suka bila awak selalu nak hantar kita pergi klinik bila kita sakit. That means you do care about me.

FIVE : Setiap malam sebelum tidur, kita selalu berangan-angan duduk atas pelamin yang terbang di awangan bersama awak, dengan tema baju kita colour hitam putih.Colour favourite awak kan? Tahi cicak. Hehehe. Tapi  angan-angan ni macam mengarut je kan.

SIX : Awak tahu tak, bila kita jalan-jalan and terjumpa kedai bunga kan, kita selalu tertanya-tanya dalam hati, bila agaknya awak nak bagi kita bunga. *Saja nak jadi womantok jugak, boleh?
Nak macam ni!!!!!!

SEVEN : Awak, kita nak mengaku ni. Kita selalu terlepas kentut kat teddy bear yang awak  bagi. Awak tak marah kan?

EIGHT : Awak, bila awak gelakkan kita kan, kita rasa macam nak pulas je telinga awak sampai jadi bentuk itik. Tapi nanti awak marah kita. 

NINE : Awak ni GEDIK lah!

TEN : Mohd Alif Haiqal, jom kawen!*Hehehe. 


Sekian sahaja kata-kata geli-geli saya. Banyak lagi nak letak, tapi takut termuntah purple pulak. Hehe.


Notahandkerchief :
Menyelesaikan entri ni dengan mood sangat EMOSI TT_TT




Sunday 19 June 2011

Jurujerawat

Da seminggu cuti, akhirnya aku dah pun sampai ke tahun ketiga dalam diploma kejururawatan, and tinggal setahun je lagi nak habis. Macam tak percaya. Bukan tak percaya aku nak habis belajar, tapi tak percaya umur aku semakin meninggi. Tapi aku ni tetap tak tinggi-tinggi. Kenapa ya? Hahaha. Dah memang dikurniakan kemetot kot bak kata EncukGulaHati. Tapi walau apa pun, aku tetap comel! Hahaha. Pangg sebiji sebab perasan sangat.


Sebenarnya entri ni tak ada kena mengena pun dengan tajuk kat atas tu. Ye la, apa je yang aku nak cerita tentang jurujerawat kan. Aku sebenarnya masih tertanya-tanya sampai sekarang, dan belum jumpa lagi jawapan yang memuaskan hati aku. Apa yang aku musykilkan? Aku teringin sangat nak tahu, kenapa bila cerita tentang nurse je, mesti orang kaitkan dengan perkara-perkara yang tak elok. Contahnya, seks. Kenapa nurse sering sangat dijadikan simbolik seks?

Kenapa aku boleh terfikir soalan ni? Sebab bila aku google je image nurse mesti keluar gambar yang macam kat bawah ni.

Banyak lagi gambar-gambar tak senonoh ni. Tapi malas lah nk tayang kat sini. Nanti ada pulak yang kata aku ni terlebih. Kalau korang nak tengok korang boleh google sendiri. 

Apa pun, aku just nak tau je kenapa jururawat selalu jadi mangsa macam ni. Sesiapa yang ada jawapan tu dialu-alukan lah ye.



Notahandkerchief :
Entri ni takde kena mengena dengan sesiapa okay. No hurt feeling =)

Saturday 18 June 2011

Daddy, I LOVE YOU!

Walk a little slower, Daddy,
Said a little child so small.
I'm following in your footsteps
And I don't want to fall.
Sometimes your steps are very fast,
Sometimes they are hard to see;
So, walk a little slower, Daddy,
For you are leading me.
Someday when I'm all grown up,
You're what I want to be;
Then I will have a little child
Who'll want to follow me.
And I would want to lead just right,
And know that I was true;
So walk a little slower, Daddy,
For I must follow you.
Did I ever say thanks
for all the toys you mended,
games we played,
outings to the park,
and the way you
always tried to cheer
me when I was down?
Did I ever say thanks for
the sacrifices you made
so I could be involved
in so many enriching
activities?
Did I ever say thanks for
working so hard
to provide for our family?
Did I ever say thanks
for having such faith in me
and always being there
when I needed you?
Most of all,
Did I ever say thanks for caring?
DADDY, I LOVE YOU!

(The Ten) DAY THREE : 10 things i hate

Wah, kenyangnya perut. Bila dah kenyang macam ni baru lah senang hati nak update blog. Hehe. Aku memang suka makan. Sebab tu gemuk je. Hahaha.*Oke cukup merepek.

Semalam busy, tak dapat update blog. Bukan busy apa pun, busy ikut EncikGulaHati pergi cari tiket bola Liverpool. Selagi tak beli selagi tu macam orang gila tak senang duduk si EncikGulaHati. Hangin je satu badan.*Mampus aku dia baca, kena dush dush kang tak pasal-pasal. Hehe

Okay sudah, lari tajuk dah ni. Yang satu sudah, yang dua pun sudah. Ketiga? Tengah buat lah ni. 

Ni antara 10 perkara yang aku BENCI. 

SATU : Aku benci bila aku serious tapi orang main-main. Rasa macam nak je aku bagi stokin busuk kat dia. Hahaha.
DUA : Aku benci manusia yang tak sayang haiwan. 
TIGA : Aku benci perempuan yang suka ganggu boyfriend orang. Konon tak cukup kasih sayang. Ceh podah! Tak cukup kasih sayang meh aku bagi kasih sayang kat korang.
EMPAT : I hate it when i am serious but EncikGulaHati make fun of it. Rasa nak babap-babap je kat punchbag dia. Hahaha.*jangan marah tau .
LIMA : I hate insects! Lagi-lagi yang suka merayap-rayap tu. 
ENAM : Aku benci smokers! Sebab asap-asapnya membuatkan aku rasa lemas dan nak muntah atas smoker tu kalau boleh. Hahaha.
TUJUH : I hate Valentine's Day. There is no such thing okay!
LAPAN : Aku tak suka gemuk,tapi aku suka makan. Haha.
SEMBILAN : I tak suka sejarah.
SEPULUH : I hate big fat liar! 




Banyak lagi sebenarnya I hate, tapi cukup kot sampai sini. Nanti orang kata aku melebig-lebih pulak. Yang lain tu biarlah rahsia. Haha.

Wednesday 15 June 2011

Liverpool, Arsenal, Chelsea








Ada apa dengan Liverpool, Arsenal dan Chelsea ni? Aku nak pergi melancong kat sana ke? Kalau ada rezeki boleh ye dok? Hehe. Angan-angan tinggi je aku ni. Kat dalam Malaysia pun belum pusing habis lagi, nak pergi oversea pulak.*tampar diri sendiri




Aku rasa siapa yang minat bola mesti tahu kan cerita ni. Cerita pasal Football Club Tour 2011 ni. Pada yang taktahu tu aku nak share sikit dengan korang. July ni Ketiga-tiga footbal club ni akan buat tour kat Malaysia. So diorang akan ada game dengan team Malaysia. Diorang buat game ni kat Stadium Nasional Bukit Jalil.

Jadual-jadual game adalah seperti berikut.
Arsenal vs Malaysia > 13 July 2011, 8.45pm
Liverpool vs Malaysia > 16 July 2011, 5.45pm
Chelsea vs Malaysia > 21 July 2011, 8.45pm


Bila ada game-game macam ni EncikGulaHati aku lah yang paling excited. Aku pun ikut jugak tengok game ni nanti. Kalau korang nak beli tiket and taktahu kat mana nak mendapatkannya, boleh klik kat gambar-gambar kat atas.


Notahandkerchief :
Mood bola dah sampai. Hehehe.





Game Antara Blogger



Selamat pagi semua. Harini abang BA nak buat game antara blogger. So siapa nak join klik je kat bannerabang  BA tu okay. Sampai pukul 1 je tau. 

WORDLESS WEDNESDAY

Tuesday 14 June 2011

(The Ten) DAY TWO : 10 things I love

Burrpppp! Alhamdulillah.*sungguh tak senonoh! Lempang laju-laju kang.

 Kenyang perut senang hati, boleh la update blog. Haha.

Oke, DAY ONE : 10 things about me dah selesai semalam. Hari ni aku buat entri yang kedua tentang The Ten yang aku sendiri reka. Haha. 


You may start NOW!




SATU : Yang pertama-tama tentunya aku paling sayang family aku. Mama, Daddy, adik-adik aku. 
DUA : Of course I love my EncikGulaHati yang busuk dan masam tu. Hehe. *mampus kalau dia baca ni, abis kena luku.
TIGA : Aku sayang bantal busuk aku. Memang tak boleh tidur kalau takde bantal busuk tapi kalau pergi posting terpaksa lah tinggal kat rumah sebab buruk sangat. Takut terkejut pulak kawan-kawan tengok nanti. Haha.*korang gelak ye? Eleh, korang pun ada bantal busuk kan? Jangan tipu.
EMPAT : Aku sayang kucing-kucing aku yang pemalas tu. 
LIMA : Aku sayang handphone aku yang tak seberapa canggih tu. Satu sebab sama dengan EncikGulaHati, satu lagi sebab aku beli guna duit sendiri
ENAM : Aku sayang bear-bear yang EncikGulaHati bagi waktu birthday aku tahun lepas.*kalau 'world war' dengan EncikGulaHati, bear-bear lah jadi mangsa aku.
TUJUH : Aku sayang jam tangan aku. Ayah EncikGulaHati yang belikan untuk aku masa dia pergi Macau dulu.*memang tak boleh hidup tanpa jam, kalau keluar tak pakai jam rasa macam tak lengkap.
LAPAN : Aku sayang diari aku. Dalam diari tu lah tercatatnya segala peristiwa-peristiwa yang baik mahupun perit selama hidup aku. Pantang woo kalau orang baca.*adik aku pernah kena hambat dengan penyapu sebab curi-curi baca. Nak rasa? Meh la. hehe
SEMBILAN : Aku sayang laptop aku. Dengan laptop ni lah aku dapat update blog. Hehe
SEPULUH : Aku sayang diri aku sendiri. Yelah, kalau kita nak orang sayang kita, kita mesti sayang diri sendiri dulu. Betul tak?




Baik, dah selesai sepuluh perkara yang aku sayang. Korang macam mana?

Perodua Myvi 2011

Wahh, Perodua ada keluarkan Myvi baru lah. Perodua Myvi Elegance 2011. Mesti korang semua dah tau kan? Oke aku mengaku aku agak ketinggalan. Apa pun bagi yang belum tau, aku share sikit kat korang-korang gambar Myvi baru tu.

Mata dia sangat-sangat menawan aku. Cair woooo.



Dashboard pun cantik. 


Tu je la yang dapat aku kongsikan kat korang. Kalau sebelum ni aku tak berapa minat dengan kereta comel ni, tapi kewujudan Myvi Elegance ni betul-betul dah buat aku jatuh cinta dengan dia. Lepas ni nak masukkan dalam senarai wishlist lah. Hehehe.








JOM JOIN REVIEW BLOG and GIVEAWAY by CIK BUBU :D



Jom kita join review blog and giveaway oleh CIK BUBU kita ni.

Oke CIK BUBU, Alin nak CIK BUBU review blog Alin ni sebab Alin baru berjinak-jinak dengan dunia blogger ni. Alin taklah sehebat blogger-blogger lain. And one more boleh kenal-kenal dengan blogger-blogger lain. Boleh make new friends. Hee.

And about my blog, takde apa pun yang special, just biasa-biasa je. Apapun  CIK BUBU boleh judge blog Alin ni ye. =D


Monday 13 June 2011

HAPPY TWENTY

Entri ni aku tujukan khas buat kawan baik aku sempena lagi beberapa minit je nak tiba 14 Jun.

Inilah CIK'JADIGEMUK'(read:bephat)


Mengikut jam, ada 1jam32minit34saat lagi untuk cik 'jadi gemuk' aku ni cecah duapuluh tahun. Ya, duapuluh! Dah tak ada lagi angka 1 didepan. Tapi angka 2. Aku sayang sangat dengan cik 'jadi gemuk' sebab dia sentiasa ada bila aku sedih, bila aku ada masalah. Senang cerita setiap kali aku perlukan seseorang, dialah orangnya.

Aku kenal dia masa aku Form 4. Dia pindah sekolah, then masuk kelas aku. Mula-mula tak lah rapat mana pun. Bila dah lama-lama jadi terapat pulak. Tambah pulak dia duduk satu apartment dengan aku, memang rapat lah kami.

Pergi tusyen sama-sama. Pergi sekolah sama-sama. Balik sama-sama. Kenangan terindah!

Sekarang ni dia dah jauh dari aku. Tapi tu tak menjarakkan aku dengan dia. Sebab sekarang dunia kan dah maju. Ada handphone, ada facebook. Kan kan kan.


Kepada cik jadi gemuk, welcome to TWENTY. Dah tua yee. hehehe .




Notahandkerchief :
Aku orang pertama kan?

Kecewa!!

Haih, asal petang je mood jiwa kacau. Eh kejap, bukan gaduh dengan EncikGulaHati okay. Tapi dengan para pemandu senior kat luar sana. Apa lagi la Cik Arlina oii. Tak, aku bukan bergaduh, cuma aku kecewa dengan sikap diorang yang suka pandang rendah kat pemandu-pemandu yang berlesen P. 

Tahu lah awak tu pemandu berlesen penuh. Ye, memang awak jaguh kat atas jalanraya. Rasanya tak perlu kot nak tunjuk menunjuk. Saya tahu saya ni baru lagi atas jalanraya. Tapi tak boleh ke kita saling menghormati? Kan bagus macam tu, takde siapa salah. And takde siapa pun akan terlibat dalam accident. Dah la macam tu, ONE WAY pun awak tak nampak ke? Haih!!

HUH! PUAS!

Apalah yang aku bebel kat atas ni. Bukan nak membebel lah! Aku cuma suarakan takpuashati aku kat pemandu-pemandu je. Cerita dia macam ni. Tadi masa aku on the way balik dari kedai, macam biasa la, elok je aku drive. Jalan tu one way, kira mesti takkan ada kereta yang datang dari depan. Then suddenly datang satu kereta dari depan, laju pulak tu. Nasib baik aku brek cepat. Lepas tu boleh pulak dia salahkan aku. Duk tunjuk-tunjuk kat aku dengan mulut dia yang membebel entah apa-apa. Maki aku lah tu, macam aku tak tahu.

Masa tu aku dah kecut perut dah. Yela, tengok muka dia yang bongkak tu je dah menakutkan aku. Kalau ada sepuluh pemandu macam ni, taktau lah nak kata macam mana. Kesian pemandu-pemandu yang berlesen P macam aku ni kena buli.

(The Ten) DAY ONE : 10 things about me

Kat sini aku nak bagitahu kamu-kamu semua sepuluh perkara tentang diri aku sendiri. Selamat mengenali diri aku :)

INI AKU


SATU : Nama aku Nur Arlina. Kawan-kawan, family panggil aku Alin.
DUA : Aku akan jadi jururawat tak lama lagi. Nak kena cucuk?
TIGA : Aku dah ada ENCIKGULAHATI.
EMPAT : Aku suka masak sebab EncikGulaHati suka makan masakan aku.(perasan sedap la tu)
LIMA : Aku seorang yang rendah. 
ENAM : Umur dah 20 (sekarang,2011) tapi perangai macam kanak-kanak.
TUJUH : I am a CATLOVER. Bila nampak je kucing tak kira dimana saja, mesti aku akan bagi dia makan.
LAPAN : Aku suka kacau kucing tidur. Sebab kucing suka kacau aku tidur. So fair kan?
SEMBILAN : Aku kuat membebel. Tapi lepas tu mengeluh penat.
SEPULUH : Aku suka cabut bulu ketiak. Geli? SO WHAT! Haha 




Banyak lagi aku nak tulis tapi nak sepuluh je kan, so aku bagi sepuluh aje. Kalau nak tau apa-apa boleh la tanya sendiri ye.*macam lah ada orang nak baca , ceit!


Notahandkerchief :
Ini post aku yang ke seratus. So Untuk yang keseratus aku bagitau la korang pasal diri aku ni ye. 

The Ten


THE TEN? Apa tu? Cerita The Ten ke? Hehe. Bukan lah. Kali ni aku bukan nak story pasal The Ten. Tapi aku nak accept challenge ABOUT TEN.

Apa tu ABOUT TEN? Oke, about ten ni kira macam tentang 10 perkara pasal diri aku. 10 perkara dalam masa 10 hari. At least ada jugak something to do dalam tempoh aku tengah sem break ni kan.

So antara 10 things yang aku akan senaraikan adalah :

DAY 1 : 10 things about you 
DAY 2 : 10 things you love 
DAY 3 : 10 things you hate
DAY 4 : 10 things you want to say to one person
DAY FIVE : 10 wishes
DAY 6 : 10 items you can't live without
DAY 7 : 10 important people
DAY 8 : 10 of your favourite songs
DAY 9 : 10 ways to win your heart
DAY 10 : 10 final words




So kepada siapa-siapa nak join meh la. Boleh kita kenal diri sendiri sambil orang mengenali kita. Selamat mencuba. :)

Sooo Sweeeeeett!!



Tengah layan youtube tadi tiba-tiba terjumpa vid ni. Tajuk pun macam gempak dah. Bila tengok, WOW! memang THE BEST WEDDING PROPOSAL EVER lah! Just imagine how many peoples the man hired just to propose his girl to be his wife. Menangis aku tengok. Ni baru proposal. Agaknya wedding diorang mesti lagi grand dari ni kan. 

Sunday 12 June 2011

Value of tears

Sometimes we argue, I don't know why. Then I sit and wonder, why do I cry? I cry because I love you, I cry because I care, I cry because I feel we have a love so rare. Sometimes I'm afraid I'll turn around and you won't be there. I love you every minute, I love you every day, I even love you when we argue.

Sometimes I've wondered do you love me too, then I look in your eyes and I know it's true. So when I say something a little crazy or I do something you don't feel is right. Please, let's try to work it out so we won't fight. Some people take relationships for granted it's sad to hear but true, I don't want this to happen, not with you. I want our relationship to be completely from the heart so we both know, no matter what we go through we will never part.
 
Mood aku petang ni sedikit terganggu . Kepada yang berkenaan, saya minta maaf.  






Saturday 11 June 2011

Dah lama tak buat benda ni. Tiba-tiba terbaca kat blog adik ipar aku ni. Tambah plak tengah bosan gila, mood MENJAWAB SOALAN pun dah datang. So aku try la jawab. Baca lah jawapan aku yang merapu ni ye. 

*************************************************************************************************************
SOALAN MULA

WHAT WAS YOUR:
1. Last beverage: Milo EncikGulaHati yang tak habis. TAK ELOK MEMBAZIR !
2. Last phone call: SHREK mengikut call register. Dialah EncikGulaHati.
3. Last text message: Mama saya. =P
4. Last song you listened to: Call Me A Doctor-Dr Dre ft Eminem. Dengar dalam kereta tadi.
5. Last time you cried: I am crying right now. GILA !

HAVE YOU EVER:
6. Got back with someone you've broken up with: NEVER! Sebab pergi tak balik-balik lagi.
8. Kissed someone & regretted it: I DO! Mama & Daddy. Dan juga Celak si kucing.
9. Lost someone special : Ermm kena fikir dulu ada ke tak. Otak tak berfungsi at this moment.
10. Been depressed: ALWAYS and it is obvious during EXAMS day.
11. Been drunk and threw up: Pernah. Minum MILO BASI. Ada ke orang minum milo basi tak muntah? Kalau ada, HEBAT!!

LIST THREE FAVORITE COLORS:
12. Red
13. Black
14. Violet

THIS YEAR HAVE YOU: (2011)
15. Made a new friend: Yes. =)
16. Fallen in love: Almost everyday. Aku memang jiwang, kenapa?
17. Laughed until you cried: Pernah! Bila tengok something yang memerlukan gelak sebegitu.
18. Met someone who changed you: Ada, tapi tak ubah apa-apa pun. 
19. Found out who your true friends were: Ada, tapi dah hilang =(
20. Found out someone was talking bad about you : YES and it is obvious. Dengki la tu kot. HAHA
21. Kissed anyone on your Facebook friend's list: YES!! Secret Garden okay.

GENERAL:
22. How many people on your friends list do you know in real life: Entah, rasanya ramai yang tak kenal dari yang kenal. Aku kan FEMES. (rasa macam nak sumbat muka dalam buntot ayam)
23. How many kids do you want?: EncikGulaHati yang tentukan. Isteri mithali katakan. Hehehe
24. Do you have any pets: Yes, 2 kittens. Sekor rajin sekor pemalas.
25. Do you want to change your name: Tak kot, sebab nama saya sesuai bila saya jadi Doktor nanti. DR. ARLINA. (jeles ke?)
26. What did you do for your last birthday: Melantak kat Chicken Rice Shop dengan EncikGulaHati.
27. What time did you wake up?: Kalau rajin, 6.30-7 am. Kalau malas tido sampai lebam
28. What were you doing at midnight last night?: Baca buku kisah cinta Roy&Shasha by EncikGulaHati. Hehe, jangan marah yee B.
29. Name something you CANNOT wait for?: DSLR la!!
30. Last time you saw your Mother: Yesterday, sebelum aku tidur.
32. What are you listening to right now: Dialog dalam Hawaii Five O. (dah lama tak dengar radio)
33. Have you ever talked to a person named Tom: Pakcik yang dalam TOMTOMBAK tu eh?
34. Who is getting on your nerves now?: My cat, sibuk nak cakar kaki aku ni. Bagi makan kaki kang!
35. Most visited webpage: Entah la, semua aku visit.
36.Whats your real name: Mengikut IC nama penuh saya ialah NUR ARLINA BT MOHD NOR MANOHARAN. Comel kan???
37. Nicknames: Alin,Temok(by EncikGulaHati),Si Pen(by kawan-kawan)
38. Relationship Status: Aku ada boyfriend. Nak share? Boleh BLAH!!
39. Zodiac sign: Ikan. Sebab aku suka makan ikan kot.
40. Male or female?: Pondey bule dok?
41. Primary School?: SK Taman Setia.
42. High School?: SMK Gombak Setia.
 43. College?: KeLeMbU. Tau? Taktau sudah!
44. Hair color: Green,Red,Blue,Purple semua ni bukan.
45. Long or short: Tengah-tengah.
46. Height: Perlu ke? Cukup la kalau tau aku ni pendek.
47. Do you have a crush on someone?: Dengan EncikGulaHati la,takkan dengan PakMatTempe plak.
48: What do you like about yourself: Semua. Kau tak suka? Do i care??
49. Piercings: Kat telinge je. Kalau kat hidung macam lembu dah.
50: Tattoos: Pernah buat dengan sticker yang dapat free bila beli chewing gum masa kecik-kecik dulu.
51. Righty or lefty: Dua-dua boleh?

FIRSTS :
52. First surgery: Belum pernah, sakit tak?
53. First piercing: When i was 6, kat telinga. Masa tu menangis macam lah nak kena tembak kepala.
54. First best friend: Tak ingat.
55. First sport you joined: Lagi la tak ingat, da nyanyuk memang macam ni.
56. First vacation: Singapore kot, masa tu 2 tahun, ikut parents pergi amek maid.
57. First pair of trainers: Never!

RIGHT NOW
58. Eating: Angin malam.
59. Drinking: Telan liur sudah. =.='
60. I'm about to:  pergi mandi lepas selesai jawab soalan yang banyak ni.
61. Listening to: Kucing yang tengah membebel. Ada ke?
62. Waiting for: EncikGulaHati to propose me to marry him. (gatal nak kawin dah ni, hehe)
63. I'm feeling: Sad,happy,angry?? Heartless.

YOUR FUTURE :
64. Want kids?: Of course. Siapa nak doakan bila dah takde nanti?
65. Get married?:  NAK! Kalau boleh nak sekarang!
66. Career: Seorang jururawat yang sangat berjaya, InsyaAllah.

WHICH IS BETTER : 
67. Lips or eyes: Of course la mata, cantik kan mata i?
68. Hugs or kisses: Hugs
69. Shorter or taller: Short itu comel, kan?
70. Older or Younger: Younger
71. Romantic or spontaneous: SPONTANEOUS. Tapi sometimes romantic pun best tapi bukan romantik yang dibuat2 :)
72. Nice stomach or nice arms: nice overall? :D
73. Sensitive or loud: Sensitive
74. Hook-up or relationship: Relationship
75. Trouble maker or hesitant: =_=''

HAVE YOU EVER :
76. Kissed a stranger: Pernah, kawan mak aku yang aku tak kenal.
77. Danced in the rain: Never, sebab mama tak bagi. Kalau buat jugak kena hambat dengan hanger. Sakit woo.
78. Lost contacts: Ada. Ramai gila T_T
79. Sex on first date: What a stupod question are u asking huh?
80. Broken someone's heart:  AKU BAIK!
81. Had your own heart broken: Kau tanya sebab tak percaya ehh aku baik?
83. Turned someone down: AKU BAIK LAH!
84. Cried when someone died: Pernah, bila tengok drama. Lagi ramai orang nanges lagi kuat aku nanges.
85. Fallen for a friend?: seriously.. Friend! 

DO YOU BELIEVE IN:
86. Yourself: I do! 
87. Miracles:  Keajaiban itu kuasa Allah.
88. Love at first sight: Dulu la, tapi hampeh!
89. Heaven: I do!
90. Santa Claus: Santan aku percaya. 
91. Kiss on the first date: Talk to my hand!
92. Angels: Yes :)

ANSWER TRUTHFULLY:
94. Had more than one girlfriend/boyfriend at a time: Setia lagi best! Tak membazir nak beli credit banyak-banyak, tak payah nak fikir nak pakai baju baru setiap kali date, and the most important, TAK PERLU NAK HIPOKRIT!
95. Did you sing today?: Nyanyi lagu tiga Kupang.
96. Ever cheated on somebody?: Tipu sunat takpe kan?
97. If you could go back in time, how far would you go?: Masa aku setahun. Nak jumpa nenek! TT_TT
98. If you could pick a day from the past year and relive it, what would it be?: Hari masa aku belum join KeLeMbU.
99. Are you afraid of falling in love?: Yes, tapi dah terjatuh kan, EncikGulaHati yang selamatkan saya. Awak sweet lah EncikGulaHati.
100. Are you afraid of posting this as 100 truths?: Apa kebenda soalan ni? Kalau aku takut takde la aku post. =)

SOALAN TAMAT
*************************************************************************************************************

Maka dengan ini tamat lah saya menjawab soalan ni yang mengambil masa selama satu jam. Sekian dari saya.*Muntah dengan ayat skema!*
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...