being stronger day by day

Daisypath Anniversary tickers

Suka? Terima kasih =D

Friday 17 August 2012

Bulan puasa pun tipu orang.

Bulan puasa bulan mulia. Semua orang tau tu. Time bulan puasa ni jugak lah ramai yang nak cari duit lebih untuk belanja raya. Almaklumlah raya setahun sekali. Tapi saya taklah belanja banyak-banyak. Hanya setakat yang mampu. 

Okay let's go back to the topic. Bulan puasa pun tipu orang. Siapa yang tipu siapa ni? Haa moh sini mike nak kabo ke kome semua. Malam 7 Ramadhan mike ada pergi ke uptown kat Danau Kota dengan EncikGulaHati mike. Ala uptown Danau Kota yang famous amos tu. Masa jalan-jalan sambil window shopping, adalah beberapa brader-brader yang buat promosi simcard free datang hulur simpack kat kami. Memang nak lari je sebenarnya tapi brader-brader tu dah tahan kami. Siap kepung lagi tau. Apa lagi deme pun mulalah pot pet pot pet pasal simcard free deme tu. 

Haa macam nilah brader-brader promoter tu. Gambar tak cantik ;(

Dengan suasana yang hiruk pikuk tu layankan jelah brader-brader tu. Then suddenly datang seorang member dia suruh kami sign borang apa tah. Kami pun sign je tanpa selidik dulu borang apa tu. Lepas tu brader yang duk potpet potpet tu sambung balik potpetpotpet deme. Dah puas potpetpotpet dia minta IC kami. Dengan lurus dan bendulnya kami pun serahkan IC untuk dipotostat. Haa tudiaa. Siap bawak potostat machine tu kat booth. 

Dah puas potpetpotpet dengan kami, dah ambil maklumat yang deme nak, deme pun bagilah simpack kat kami. Sekali empat simpack dia bagi. Dan kemudian kami pun berlalu pergi. Masa dalam jalan balik tu EncikGulaHati sempat pesan jangan guna simpack tu. Takut nanti deme charge yang bukan-bukan. Maka mike pun mengiakan saja.

Ingatkan takde apa lah. Sampailah semalam. Mike terima dua surat dari Celcom mengatakan mike ada tunggakan postpaid sebanyak RM 268. Bila tengok tu apa lagi, memang nak hangin jelah kan. Yelah, sejak bila pulak kita pakai postpaid. Celcom pulak tu. Tiba-tiba teringat simpack yang deme bagi haritu. Dari situ mike dah dapat tangkap, mike kena tipu. 

Lepas tu tergerak hati nak call nombor yang kononnya mike pakai tu. Call sekali je, lepastu ada orang angkat. Sah memang ada orang guna nombor tu atas nama mike. Hape lagi memang naik hangin lah mike. Sekarang ni  dalam usaha nak pergi tegakkan keadilan. Silapnya mike dengan EncikGulaHati masa tu pergi bagi IC tanpa selidik. Haih. 

So kome semua, janganlah percaya kalau ada orang nak bagi benda-benda free ni. mana ada benda yang free sekarang. Nak pergi buang air besar pun kena bayar tau. Tapi kalau Baskin Robin bagi ice-cream free tu ambil jelah. Kata orang rezeki jangan ditolak. 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...