being stronger day by day

Daisypath Anniversary tickers

Suka? Terima kasih =D

Friday, 10 June 2011

Malaysian Studies punya hal

Waktu mula-mula masuk college dulu memang tarik nafas selega-leganya, sebabnya dah takde lagi subjek-subjek asas seperti SEJARAH, MATEMATIK, ENGLISH dan sewaktu dengannya. Eh jap. Woii, siapa kata takde? Ada lah! Ye, memang betul, ADA. Tu pun aku dapat tau lepas dah masuk semester 4. Dah semester 4 baru nak belajar semua tu? Nak buat macam mana, management college. Ikutkan saja.


Sebenarnya pagi tadi aku ada paper Malaysian Studies. MALAYSIAN STUDIES = SEJARAH. Ye, SEJARAH ye kawan-kawan. Subjek yang palingakubenci sejak dari saat pertama aku belajar lagi. Bukan benci apa, aku tak suka subjek tu sebab terlalu banyak fakta dan aku pun bukan jenis yang suka nak menghafal fakta-fakta ni. Tapi Alhamdulillah SPM Sejarah aku tak fail. 


Disebabkan aku dapati most of the students tak suka subjek ni, so aku dengan rela hati telah membuat research.(Entah sejak bila aku pandai buat research pun taktahu.) Aku ada tanya beberapa orang kawan aku sama ada diorang suka subjek ni ke tak. And reason why if diorang tak suka. Maka terwujud lah  beberapa faktor-faktor yang membuatkan most of the students hate this subject.



1.Takde kena mengena dengan course
 
Oke, sebagai seorang student NURSE, aku rasa subjek ni memang takde kena mengena dengan bidang aku kan. Buka aku je yang cakap tau, most of my friends also agree. Yela, bagi aku la, mungkin betul subjek ni adalah subjek LAN bagi setiap kolej-kolej, tapi rasanya cukup kot kalau soalannya sekadar simple-simple macam sejarah Form 1. Tu pada pendapat aku la. 

Gambar : jururawat MERAWAT.
Gambar : Undang-undang menimbang. Haha akumerepek.

Gambar menunjukkan perbezaan yang sangat ketara, kan?




2.Subjek yang membosankan(berdasarkan research)

Students yang tak suka subjek ni sebulat suara mengatakan subjek ni membosankan. Tak semua orang minat membaca dan menghafal, ada segelintir yang memang sangat hebat bila sampai bab-bab mengingat dan menghafal ni. Kalau aku, aku lagi suka something yang boleh menggunakan fikiran. Contohnya Matematik, memerlukan pengiraan, so masa tu otak kita berjalan. Kalau bagi buku yang panjang berjela memang tak lah aku nak baca. Baru bukak buku dah terus tidur. Nak menghafal? Tau-tau sendiri la ye.






3.Tak suka dengan cikgu/lecturer

Bila nak belajar subjek yang macam ni mesti lah cikgu/lecturer yang happening, yang boleh buat subjek ni jadi menarik. Tapi bila lecturer pun dah kerek, garang, memang lah ramai yang akan taksuka dengan dia. Bila taksuka dengan lecturer so secara automatiknya dengan subjek-subjek sekali tak suka sebab bila tengok je nota mesti teringat muka lecturer yang garang lagi kerek itu.




4.Terlalu banyak peristiwa kena ingat

Sedangkan sejarah diri sendiri pun tak boleh nak ingat inikan nak mengingat segala peristiwa yang dah bertahun-tahun lamanya tercipta. Kalau lah otak ni dikurniakan kuasa macam hard disk, memang best la nak menyimpan segala bagai peristiwa-periatiwa tu. Jangankan peristiwa, dengan muka-muka manusia masa tu pun boleh ingat.




5.Memang tak boleh masuk langsung

Kalau sejak azali lagi memang tak minat dengsn subjek ni, push lah macam mana pun memang tetap takkan masuk punya. Bak kata Jambu, APA PUN TAK BOLEH.

Muka legend hati kiut. Apapuntakboleh.



4 comments:

akmarmansor said...

suka sgt2 fakta num 3 tu . HAHAHA :P

maulana said...

sume fakta yang tertere diatas sume adalah benar belake

maulana said...

sume fakta2 diatas adalah benar2 belake

Amanina Nasuha said...

yer2,,btul sgt2..hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...