being stronger day by day

Daisypath Anniversary tickers

Suka? Terima kasih =D

Sunday 6 November 2011

Beraya di rantau orang.

Wahh, dah berhabuk dah blog aku ni. Ahh biar lah. Bukan ada yang membaca pun. Hari ni, 6 November 2011, hari raya haji. Huwaa!! Sedihnya! aku tak dapat beraya dengan family tahun ni. Sebabnya kena hantar posting kat Pulau Pinang. Nasib baik raya haji je. Kalau raya puasa, berguling-guling dah kot kat sini bersama dengan air mata sepuluh baldi. Ni first time aku beraya kat negeri orang. Mesti ada yang kata 'alah, baru sekali dah kecoh!' . Ehh biar lah! Tapi alhamdulillah rumah semua okay. Cuma kena adapt dengan environment kat sini. Ahh, buat apa cerita. Takde sape pun nak baca. Okay lah. Nak ucap Selamat Hari Raya Aidiladha semua!

Thursday 20 October 2011

Unbelievable? Believe it!

Tengok sekali, aku memang macam seorang gadis melayu. Tengok lagi, memang macam gadis melayu pun. Jangan perasan kau macam amoi ehh! Haha. Disebalik wajah kemelayuan aku ni, tersimpannya rahsia. Rahsia apa? Haa, the truth is, aku ni anak kelahiran darah campur. My dad is Chindian, my mother is Javanese. Apa tu Chindian? Hehe. Chindian tu Chinese + Indian. Haa. Percaya tak percaya tak? Kebanyakan orang takkan tau kalau aku tak bagitau. Ada satu hari tu, aku tanya CI aku. Kenal tak nenek aku yg bernama Rajeswary. Bulat mata CI aku. Haha. Yela, pelik la. Then lepas aku cerita yang selanjutnya, barulah Puan tau. And now, the very good news, aku dapat tau aku ada nephew baru. At first aku tertanya-tanya jugak. Sebab cousin aku kat sini tak ramai yang dah kahwin. And when i speak out their names, daddy senyum je. Lepas je daddy tunjuk gambar nephew aku tu, aku macam 'WOW!' . Aku macam tak percaya, he's so cute. And he doesn't look like one of us in Malaysia. And then I realize how great were my family.


Ni lah cousin saya, tapi terlupa nama. Hehehe

Nesta and his grandpa = my uncle =)



Ohh lupa. Saya perkenalkan, inilah Nesta, nephew saya. Hehehe. 

Tuesday 18 October 2011

"No matter who broke your heart, or how long it takes to heal, you’ll never get through it without your friends."





Hati wanita sering saja dilukakan. Dan setiap kali tu lah ada saja yang ingin mengambil kesempatan. Kononnya ingin menyembuhkan. Cirit! Menyembuhkan dan merabakkan lagi hati yang dah rabak. Gila, ni ke bahasa aku??
Aku bukan nak blame sebelah pihak, tapi selalunya yang datangkan punca masalah adalah dari sebelah pihak tu lah. Pihak mana? Korang fikir lah sendiri. Entri ni tak mengisahkan hidup aku mahupun sesiapa. Sekadar muntah lahar yang terbuku lama dalam lubuk hati. Pengalaman serta luahan-luahan setiap insan yang bernama wanita membuatkan aku termuntah disini. Dalam dunia kadang-kadang kita terasa tak adil kerana selalu ditindas. Dan mereka yang menindas tetap dari golongan yang sama. Sering memandang rendah akan kelembutan kaum hawa, asyik terlalu berfikir untuk mengambil kesempatan dan tak pernah ada kesedaran. 
Seorang sahabat yang melalui liku-liku kehidupan yang sangat mencabar baginya, bukan saja dia, mungkin bagi setiap kaumnya, menempuhnya dengan tabah dan kuat. Aku?? Mungkin tidak. Ye, aku memang tak kuat, walaupun aku sentiasa tersenyum. Eh, yeke tersenyum? Ah, tak kenal maka tak tahu. hahaha.
Sebenarnya tak ada apa yang kita boleh buat untuk mengubah mana-mana pihak. Hanya percaya pada diri sendiri. Aku mendoakan yang terbaik buat sahabatku. Dan juga diriku. 

Saturday 1 October 2011

Let me tell you something you already know. The world ain't all sunshine and rainbows. It's a very mean and nasty place and I don't care how tough you are it will beat you to your knees and keep you there permanently if you let it. You, me, or nobody is gonna hit as hard as life. But it ain't about how hard ya hit. It's about how hard you can get it and keep moving forward. How much you can take and keep moving forward. That's how winning is done! Now if you know what you're worth then go out and get what you're worth. But ya gotta be willing to take the hits, and not pointing fingers saying you ain't where you wanna be because of him, or her, or anybody! Cowards do that and that ain't you! You're better than that! 

Friday 16 September 2011

DUIT punya pasal.........

DUIT, semua orang tau apa tu duit. Dalam kata lain WANG. Zaman sekarang semua pun perlukan duit. Even masuk toilet untuk membuang hajat pun gunakan duit. Duit, dihasilkan dengan sesuatu bahan, dan diletak nilainya. RM100. RM50, RM5 malah 20sen pun bernilai. Yelah, walau terkurang 5sen pun kita takkan dapat beli apa yang kita nak.(bagi benda yang tak boleh negotiate je tau) Disebalik kebaikan yang ada pada duit, ada juga keburukannya. Macam yang pernah kita dengar diberita serta terpampang di surat khabar.

Sebab duit suami isteri bergaduh. At the end, divorce.

Sebab duit, anak sanggup bunuh mak ayah, semata-mata untuk mendapatkan harta-harta.

Sebab duit, sahabat jadi musuh.

Sebab duit, timbulnya ungkit-mengungkit. Yang sadisnya, berakhir dengan kematian.

Sebab duit, sanggup tak jaga kesihatan, kerja tak rehat-rehat.

Sebab duit, sanggup menggadaikan segala harta benda. Menyesal kemudian tak berguna dah.

Sebab duit, hubungan kekeluargaan hancur.

Sebab duit, banyak berlaku maksiat.

Sebab duit, pelajaran entah kemana.

Sebab duit orang sanggup mencuri.

Sebab duit..... Banyak perkara-perkara negatif berlaku hanya sebab ingin mendapatkan DUIT. Kadang-kadang ada jugak aku terfikir, alangkah bagusnya kalau dunia tak guna duit. Takde lah kes-kes negatif terjadi. Kan??

Tuesday 6 September 2011

Drogba and Rooney

Wah, lama tak update blog ni. Bersarang dah tikus kat sini. Haha. Dah, back to the topic. Kenapa Drogba and Rooney? Diorang buat salah ke? TAK! Abis tu? Diorang datang beraya kat rumah ke harini? Hahaha. Berangan je la aku ni kan. 

Sebenarnya tadi lepak dengan EncikGulaHati sambil tengok cerita Drogba and Rooney lakonan Jozan. Ala, Jozan rajalawak tu. Orang lain dah lama layan aku baru nak layan. Nak buat macam mana, aku kan kurang rajin menonton-nonton tv ni. Hehehe. Telemovie yang mengisahkan semangat dua orang sahabat yang sanggup buat apa saja untuk kumpul duit semata-mata nak ke Stamford Bridge and Old Trafford nak tengok game Manchester United vs Chelsea. Dan yang paling penting mestilah nak tengok player kesayangan diorang, Drogba dengan Rooney. Dengan usaha tabung yang ditubuhkan, diorang berjaya ke sana. 


Sampai je satu scene bila diorang kat Old Trafford, tiba-tiba EncikGulaHati kata dia jealous. EncikGulaHati menyuarakan impiannya nak ke Old Trafford satu hari nanti. So mulai hari ini, aku and EncikGulaHati telahpun tubuhkan satu tabung untuk kumpul duit nak kesana yang dinamakan Tabung Old Trafford. 


Apa yang aku nak sampaikan tak ada kena mengena pun kan. Hahaha. Takpe lah, kat atas ni antara scene yang ada dalam cerita tu. Enjoy!  

Monday 5 September 2011

happy birthday EncikGulaHati!

Not much to write. Just nak wish EncikGulaHati saya SELAMAT HARI LAHIR yg ke 21.

Friday 26 August 2011

Menjelang Syawal..


Beberapa hari lagi Syawal akan menjelang. Semua kawan-kawan sudahpun tiba di kampung halaman masing-masing. Yang mana balik esok sedang menghitung detik untuk pulang beraya. Aku, macam biasa lah. Beraya di Kuala Lumpur saja. Kampung? Memang takde. Bila dengar je lagu raya, mula lah. Rasa sayu je. Dalam kepala dah terfikir apa plan hari raya nanti. Yang memang setiap tahun aktiviti hari raya adalah duduk rumah tengok TV. Bosan! Teringin jugak kan rasa suasana malam raya kat kampung. Dengar kawan-kawan bercerita, buatkan aku sungguh cemburu dengan diorang. Takpe lah, bila dah kahwin nanti ada lah kampung tu. Kan EncikGulaHati??



Notahandkerchief :
Sekadar luahan hati sebab jelous tengok orang sibuk nak balik kampung. T_T

Wednesday 24 August 2011

WORDLESS WEDNESDAY



Saturday 13 August 2011

Bukan semua yang naik motor REMPIT.

Setelah penat sibuk menghabiskan asignment community, marilah berehat sebentar bersama Kit Kat. Ehh, tak puasa ke? Disebabkan tak boleh nak berehat bersama Kit Kat, jadi Kit Kat ditukar kepada blog. Agak lama jugak aku tak muntah-memuntah kat sini. okay lah, taknak mencarut banyak-banyak, nanti ada orang muntah pink pulak, tak pasal-pasal batal puasa tu.


Back to the topic, memang bukan semua yang menunggang motor tu rempit. Kenapa aku cakap macam tu? Sebab aku pun kadang-kadang naik motor jugak. Aku tak suka bila ada orang yang dengar perkataan 'motor' ataupun nampak orang naik motor, terus cop orang tu sebagai rempit. Tak adil okay! Macam kuda, kalau ikut yang kita tahu, koboi je kan naik kuda. Habis tu yang tunggang kuda untuk riadah ataupun meronda(macam polis yang ronda-ronda naik kuda kat Titiwangsa tu) pun dipanggil koboi jugak ke? Tak kan. Lagipun pak cik-pak cik yang nak pergi surau naik motor pun mat rempit jugak ke?

Ini rempit?????


Walaupun motor takde protection macam kereta, tak berbumbung, tapi ada advantage. Kereta walaupun ada bumbung, ada protection kiri kanan, tak semestinya tak ada disadvantage kan. Contohnya time traffic jam, motor la yang jadi penyelamat kalau dah lambat, sebab boleh mencelah. Kalau kereta boleh ke mencelah. Jawabnya eksiden.

Bak kata pepatah,'don't judge a book by its cover'. Jadi kita janganlah menilai seseorang tu berdasarkan apa dia naik, apa dia pakai.


Notahandkerchief : 
Tiba-tiba teringat pulak cerita Adnan Sempit. Layan~~

Wednesday 10 August 2011

My Birthday GA


Join GA lagi. Nak join klik la gambar atas ni yee. Moh ramai-ramai join.

Sunday 7 August 2011

Dulu Chicharito, kini David De Gea

Entry ni entry muntah, sesiapa yang elergy dengan entry macam ni sila lah ke 'X' di hujung tu ye. Sekian.

Ni sambungan daripada entry sini. Aku rasa semua orang tau harini game antara Man Utd dengan Man City.


Macam biasa lah, EncikGulaHati takkan miss tengok game tu, sampai aku pun hyehye byebye je. Hehe. Masa berbuka tadi, EncikGulaHati dengan tanpa rasa bersalahnya telahpun memberitahu tentang buah hati barunya. Ehh, EncikGulaHati curang? Korang lah judge ye. Haha. 

Kalau dulu Chicharito yang mencuri hatinya, tapi sekarang ada yang lebih handsome telah berjaya bertakhta di hati EncikGulaHati. Nak tau siapa? 


Inilah pencuri hati EncikGulaHati. Goal keeper Manchester United. Kerana terlalu cintakan goalkeeper ni, EncikGulaHati dengan rasa tak bersalah pergi meninggalkan saya dan menyaksikan game ni. 



Saturday 6 August 2011

SYAFIQ RAHIM KE PERSIJA JAKARTA, LIGA SUPER INDONESIA




Syafiq Rahim pindah ke Indonesia? Itulah khabar angin yang sedang melanda dunia bola sepak negara. Siapa tak kenal Syafiq Rahim, kapten Malaysia. Berdasarkan sumber yang aku baca, Syafiq Rahim sah akan ke Persija Jakarta musim depan. Nampaknya bola sepak negara semakin berkembang.


Bukan saja Syafiq Rahim, pemain sayap kebangsaan, Amirul Hadi pun turut dipancing oleh kelab dari liga Jepun dan Persib Bandung. Ni perkembangan yang baik untuk bola sepak negara. Bangga dengan pencapaian bola sepak Malaysia sekarang. Sumber

Najlaa 'Aqilah's Giveaway!

Dah lama tak join GA . Arini start join lagi . So u olls, jom lah join ramai-ramai. Klik je kat banner bawah ni.



Ditag :

Monday 1 August 2011

Ramadhan datang lagi

Alhamdullillah, aku diberi kesempatan lagi untuk menyambut Ramadhan tahun ni.


 Bila tiba je Ramadhan, mesti semua orang suka gembira kan. Yela, nak raya, siapa yang tak suka. Tapi bukan aku. Bukan aku tak suka raya, suka sangat. Suasana bulan Ramadhan paling aku suka. Tapi aku tak suka perasaan yang datang bila menjelang Syawal. Sayu rasa hati, lain macam rasanya. Mungkin sebab aku tak ada kampung halaman macam orang lain ada.


 Selama 20 tahun aku hidup, kat sini lah aku lahir, dan kat sini lah aku menyambut Syawal. Cemburu tengok kawan-kawan balik raya. Kadang-kadang teringin jugak nak merasa ada kampung halaman ni. Raya tahun lepas aku diberi peluang merasa beraya di kampung. Aik! Kata takde kampung? Hehe. Bukan kampung aku lah, tapi kampung EncikGulaHati. Dapat lah jugak aku merasa raya dikampung. Tapi lagi indah kalau kampung sendiri kan.

Aku harap Ramadhan tahun ni lebih bermakna. Kepada bloggers, selamat menyambut Ramadhan Mubarak.

Wednesday 27 July 2011

Sew Love 1st Give Away


Jom lah join. Hadiah sangat-sangat menarik! If nak join just click the banner.

Tagged : 

MVogue's Exquisite Giveaway


Another GA contest! If wanna join, just click the banner.

After browsing items here, I've found my favorite item, Long Owl Necklace. I've been searching this necklace for long time. I would be glad if I won the necklace. 
The first one is sooooo cuutteee!!


Tagging :




WORDLESS WEDNESDAY*3

Tuesday 26 July 2011

31-7 Birthday Giveaway!


Give Away yang dianjurkan oleh 4 orang yang tarikh lahirnya sama. Bagi aku cukup amazing. Aku sendiri pun belum jumpa lagi orang yang sama tarikh lahirnya dengan aku. Mungkin bila dah jumpa nanti aku pun akak buat give away, insyaAllah.

Kepada Sunah SakuraCik PulauCikali, dan juga Gadis Melayu, Alin ucapkan selamat hari lahir. Semoga dimurahkan rezeki kalian ye. =)

GA CEKODOK ENSEM


GA lagi? Hahaha. Suka join GA ni. Kalau menang lagi suka. Hehe =)

Nak tag :

1st Give Away Lucky Draw d'Sweetchoc




First time join GA and Lucky Draw ni. Hanya cuba nasib. Kalau menang manalah tahu kot dapat chocolate kan. Sebab saya penggermar COKLAT tegar! hehehe . Nak join? Klik kat gambar atas ni okay!

Ditag kepada :

SECOND GIVEAWAY HAJAR AZMAN


Alin join GA dari Hajar Azman. Nak join?? Senang je, klik gambar atas ni dan ikutlah procedurenye. =)

Ditag kepada :

2nd GIVEAWAY by Yana Craft


Kali ni join GA. Belum pernah lagi aku join GA. So nak join boleh tekan kat gambar comel atas ni.
Pilihan 1 : Pillow


Tag kepada :


BEN ASHAARI AJAK JOIN BLOGLIST BLOGGER BARU



Dah lama aku tak join bloglist. Memandangkan tak ada apa nak buat, join je lah. Hehe. Lagipun boleh tambah kawan. So siapa nak join boleh la klik kat header atas ni.

Sunday 24 July 2011

Tabiat suka cabut rambut, penyakit ke?

Tabiat cabut rambut? Buruk rupanya kalau tengok orang tengah khusyuk mencabut rambutnya kan. Tak kira lah tengah tengok tv ke, tengah termenung ke, dalam kereta ke, pantang je masa terluang dan tangan tu free je nak duduk kat kepala. Tu lah tabiat aku yang paling hodoh dalam dunia. Sampai asyik kena marah je dengan orang-orang yang sayang aku, lagi-lagi EncikGulaHati. Dia memang pantang kalau nampak aku cabut rambut. Mula nak marah aku. Tapi aku tersengih je. Hehehe.

Habit aku ni mula bila kakak sepupu aku cuba cabut rambut aku. Katanya cabut rambut gatal. Aku dengan kestuporan yang obvios teringin lah jugak kan nak rasa ciri-ciri rambut yang patut dicabut tu (kata sepupu aku tu la). So aku pun try cabut sendiri. Lama-lama jadi habit.
Rupanya tabiat aku ni ada nama saintifiknya. Boleh kata satu penyakit lah jugak. Nama penyakit tu TRICHOTILLOMANIA

Trichotillomania ni adalah keadaan dimana seseorang tu mempunyai keinginan untuk mencabut rambutnya sendiri. Bukan rambut kat kepala je tau, tapi bulu mata, bulu kening, dan juga bulu ari-ari
Rambut

Kening

Bulu mata


But in my defense, aku tak lah seteruk macam ni. Sampai segala rambut nak dicabutnya. Tapi tak mustahil untuk jadi macam ni if I dont put a stop on it, kan? Takut jugak aku. Lepas ni takmau lagi lah cabut rambut. Lagipun kalau orang tengok macam SiMonyet sedang mencari kutu. Hehehe.



Singapore 5-3 Malaysia

Dengan penuh semangatnya menonton game semalam sampai terloncat-loncat, terjerit-jerit (jeritan halus je).
Seronok tak terkata bila Malaysia leading hasil sepakan EncikSafeeSali sayaEncikGulaHati awak tetap pemain terbaik yang bertakhta di hati saya!
Tapi tu lah kan, rezeki tuan rumah dapat 5.
Walau apa pun ada jugak bekalan untuk dibawa ke Bukit Jalil Khamis 28 July nanti.
Lagi bertambah tak sabar lah aku nak tunggu hari Khamis ni.
Meramaikan lagi suasana yang dah ramai kat Bukit Jalil bersana EncikGulaHati dan juga Ayuni si Keding.


All goals and game highlight.

Saturday 23 July 2011

Malaysia vs Singapore



Tak sabar rasanya nak tunggu keputusan !!!!!



Love isn't perfect. It isn't a fairytale or a storybook. And it doesn't always come easy. Love is overcoming obstacles, facing challenges, fighting to be together,holding on and never letting go. It is a short word, easy to spell, difficult to define and impossible to live without. Love is work, but most of all, Love is realizing that every hour, every minute, and every second was worth it because you did it together. When you truly care for someone, you don't look for faults. You don't look for answers. You don't look for mistakes. Instead, you fight the mistakes. You accept the faults and you overlook excuses. There are rare chances that you'll meet the person you love and who loves you in return. So once you have it, don't let it go. The chance will never come your way again.

KEMBALINYA SI THAMBI KE RUMAH



Agak lama jugak tak jumpa Si Thambi, mendengar jeritan dan arahan dia. Seolah-olah dia tu BIG BOSS. Pagi-pagi lagi parents dah keluar rumah, nak pergi jemput Si Thambi ni. Maka tinggallah aku sorang lagi. Apa lagi yang nak kena buat kan, masak untuk Si Thambi la. Nanti merungut pulak tak masak. Bagus jugak Si Thambi dah balik, boleh jadi driver aku. HAHA. Kepada Si Thambi, dah ready nak jadi driver aku ????

Friday 22 July 2011

Goal kontroversi Malaysia vs Chelsea (0-1)




Arsenal dah tengok, Liverpool dah tengok. Chelsea je tak dapat pergi semalam. Sebabnya EncikGulaHati kerja, dan EncikSafeeSali tak ada. Hehehe. Apa pun, keputusan game semalam cukup mengejutkan aku. Chelsea hanya sumbatkan satu gol sahaja. Ramai jugak yang tak puas hati dengan gol ni. Tapi pengadil lagi expert kan. So aku tetap nak ucap tahniah kat skuad Harimau Muda.

-I'M PROUD TO BE MALAYSIAN-

Wednesday 20 July 2011

WORDLESS WEDNESDAY

Sunday 17 July 2011

LIVERPOOL AND ARSENAL FOOTBALL TOUR 2011

Wahh, banyaknya sarang tikus kat blog aku ni. Nak kena basuh ni. Dah lama tak jalan-jalan kat blog sendiri. Update apetah lagi. Dah la, malas nak membebel banyak-banyak.

Sepanjang minggu ni dah tiga kali aku pergi Stadium Bukit Jalil. Buat apa kat sana? Aku dating dengan pemain bola la. Siapa? Safee Sali la, siapa lagi. Hahaha. Perasan sungguh la, orang dah ada bini oi! EncikGulaHati jangan marah!



12 Julai haritu pergi tengok training Arsenal. Pakej sekali tengok Malaysia training. Esoknya pulak pergi tengok game Arsenal vs Malaysia. Bukan sebagai penyokong Arsenal tau. Because I am Red Devil's fan! Walaupun Malaysia tewas 4-0 dengan Arsenal, tapi aku tetap bangga.


Semalam 16 Julai pergi tengok Malaysia vs Liverpool. Walaupun Arsenal leading dengan 6-3, aku tetap puas hati. Itu menunjukkan semangat Malaysia. Cuma yang sedihnya, kebanyakan rakyat Malaysia tak menyokong skuad negara, tapi sokong team lain. Sokongan dari penyokong jugak mempengaruhi permainan. Apa pun syabas Malaysia!



Notahandkerchief :
Gambar belum boleh upload lagi. Nanti dah okay akan diupload.

Thursday 30 June 2011

Bola lagi.

Assalamualaikum semua.


Seperti yang semua orang tahu, game Malaysia Taiwan semalam berakhir dengan keputusan Malaysia 2-1 Taiwan. Aku dan EncikGulaHati join penyokong-penyokong lain tengok team Harimau Malaya beraksi di padang. Game yang menarik. Cuma EncikGulaHati tak puas hati sikit. Kenapa tu kena tanya dia.

Diluar jangkaan aku, penyokong yang turun semalam sangat ramai. Walaupun semalam hari berkerja, ramai jugak yang sanggup bersesak di jalan untuk menyaksikan pemain-pemain kita beraksi. Semangat macam ni lah yang aku suka. Semua bersatu tak kira datang dari negeri mana sekalipun. Bila penyokong ramai, player-player pun akan lebih bersemangat nak main. Sebabnya penyokong adalah salah satu faktor kemenangan sesuatu permainan tu. Tapi aku tak kata kalau takde penyokong tak boleh menang. Yang penting semangat kena kuat.

Ahad ni tengok team Harimau Malaya main kat Taiwan pulak. Hopefully Malaysia berjaya. Sama-sama doakan kejayaan team tanah air kita.

Tuesday 28 June 2011

ADA KE KUCING GAY?

Lelaki gay, bagi aku tu dah biasa dengar, dah biasa tengok. And biasa lah, dah nama pun gay kan, mestilah perlakuan pun macam sepasang kekasih tapi ni versi lelaki dan lelaki. Kalau dulu orang malu nak tunjuk yang diorang tu gay, tapi sekarangm tanpa segan silu boleh berlentok-lentok, perpegang-pegang dan bertepuk tampar depan public. Okay, itu fenomena biasa berlaku sekarang ni.


Korang pernah tak dengar KUCING GAY? I mean male cat with male cat. This thing came across my mind when i saw my cats(both male) were like 'bercinta' infront of me. Kucing aku seekor abang seekor adik. Yang si abang tu active jugak, selalu keluar rumah cari pasal dengan kucing lain. Tapi yang si adik ni macam lembik je, suara pun halus gitu. Beza umur takde lah jauh sangat pun.

Bila sampai je waktu malam, mula lah si abang ni cari-cari si adik. Bila dah jumpa, berjilat sana berjilat sini. Kadang-kadang yang kurang senonoh tu si abang akan jilat bahagian belakang si adik and sebaliknya. Yang tak boleh blahnya boleh pulak diorang buat drama tu atas meja makan. Kadang-kadang aku sergah jugak diorang tu. Nak elakkan maksiat berleluasa. Haha. Sampaikan adik aku Ayuni kata diorang tu buat hubungan songsang.


Ada jugak aku google pasal kucing gay ni. Tapi semuanya pendapat. Belum jumpa lagi faktanya. Yang aku jumpa adalah video bawah ni.


Betul ke kucing ni gay, wallahualam. Tapi bagi aku ni belum cukup memuaskan aku lagi untuk soalan aku tu.

(The Ten) DAY SEVEN : 10 important people

Assalamualaikum. Lega bila presentation PC Com dah settle. Tak payah fikir lagi dah lepas ni. Tinggal berapa assignment je lagi. Disebabkan bosan melayan kerenah diorang buat presentation kat depan, and dengan kerajinan aku yang dah datang ni, so aku nak continue dengan The Ten.

SATU : Semestinya parents saya! Tanpa mereka takde kot aku ni. Hehehe
DUA : My siblings. Sunyi kot kalau diorang takde kat rumah. Sebab diorang punya mulut banyak bising woo.
TIGA : Siapa lagi, EncikGulaHati saya lah! Kemana saya pergi, suka duka semuanya bersama dia. Memahami walaupun kadang-kadang tak. LOVE U B!
EMPAT : Bibik aku yang tersayang. Bukan orang gaji ye, tapi makcik. Keluarga mak aku kan ada mix Jawa, so semua panggilan pun dalam Jawa la ye.
LIMA : Fatin si keding. Kawan baik saya yang sentiasa ada bila saya perlukan dia. Sayang sangat-sangat kat kau!
ENAM : Mama and Ayah EnikGulaHati. Sebab mereka selalu ambil berat tentang saya. =)
TUJUH : Kawan-kawan saya dikolej kerana merekalah penghibur saya di kolej.
LAPAN : Aunty Dobi bawah rumah, sebab kalau aku malas nak basuh baju, aku hantar je kat dia. So dia pun penting.
SEMBILAN : Makcik kedai makan kat bawah kelas, kalau dia takde apa aku nak makan. Sebab kat sini takde kedai lain dah. Hehehe
SEPULUH : Sesiapa saja yang dianggap penting. Hahaha.*Dah taktahu nak letak siapa.




Sekian saja.

Sunday 26 June 2011

Bola Bola Bola

Ehh, musim bola ke sekarang ni? Bukan kan? Bukan, bukan. EncikGulaHati memang minat gila kat bola. Ehh bukan minat kat bola tu, maksud aku football game. Kalau nak tahu betapa fanatiknya terhadap bola, boleh baca sini.


Aku bukan nak bercerita tentang minat or what. Tadi aku ada terbaca info ni. Siapa tak kenal Ashley Young kan. Pemain tengah Aston Villa and England. Sekarang ni beliau dah pun sign kontrak dengan Manchester United lepas Sir Alex Ferguson mendapat khidmat pemain pertahanan muda England and Blackburn Rovers iaitu tak lain tak bukan Phil Jones.  

Agaknya lepas ni siapa lagi Sir Alex nak beli kan. Hahaha.




Rabu ni bersamaan dengan 29 June 2011,akan adanya perlawanan bola sepak bagi kelayakan Piala Dunia Zon Asia 2014. Malaysia akan menentang Taiwan (atau dikenali sebagai Chinese Taipei) kat Bukit Jalil. Dan semestinya aku dan EncikGulaHati pergi menyokong pasukan kebangsaan kita. Moh la ramai-ramai menyokong team tanah air kita.


Notahandkerchief :
Nampaknya mood bola EncikGulaHati dah sampai. Ke stadium je la lepas ni.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...