Friday, 26 August 2011
Menjelang Syawal..
Beberapa hari lagi Syawal akan menjelang. Semua kawan-kawan sudahpun tiba di kampung halaman masing-masing. Yang mana balik esok sedang menghitung detik untuk pulang beraya. Aku, macam biasa lah. Beraya di Kuala Lumpur saja. Kampung? Memang takde. Bila dengar je lagu raya, mula lah. Rasa sayu je. Dalam kepala dah terfikir apa plan hari raya nanti. Yang memang setiap tahun aktiviti hari raya adalah duduk rumah tengok TV. Bosan! Teringin jugak kan rasa suasana malam raya kat kampung. Dengar kawan-kawan bercerita, buatkan aku sungguh cemburu dengan diorang. Takpe lah, bila dah kahwin nanti ada lah kampung tu. Kan EncikGulaHati??
Notahandkerchief :
Sekadar luahan hati sebab jelous tengok orang sibuk nak balik kampung. T_T
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment