being stronger day by day

Daisypath Anniversary tickers

Suka? Terima kasih =D

Monday, 1 August 2011

Ramadhan datang lagi

Alhamdullillah, aku diberi kesempatan lagi untuk menyambut Ramadhan tahun ni.


 Bila tiba je Ramadhan, mesti semua orang suka gembira kan. Yela, nak raya, siapa yang tak suka. Tapi bukan aku. Bukan aku tak suka raya, suka sangat. Suasana bulan Ramadhan paling aku suka. Tapi aku tak suka perasaan yang datang bila menjelang Syawal. Sayu rasa hati, lain macam rasanya. Mungkin sebab aku tak ada kampung halaman macam orang lain ada.


 Selama 20 tahun aku hidup, kat sini lah aku lahir, dan kat sini lah aku menyambut Syawal. Cemburu tengok kawan-kawan balik raya. Kadang-kadang teringin jugak nak merasa ada kampung halaman ni. Raya tahun lepas aku diberi peluang merasa beraya di kampung. Aik! Kata takde kampung? Hehe. Bukan kampung aku lah, tapi kampung EncikGulaHati. Dapat lah jugak aku merasa raya dikampung. Tapi lagi indah kalau kampung sendiri kan.

Aku harap Ramadhan tahun ni lebih bermakna. Kepada bloggers, selamat menyambut Ramadhan Mubarak.

4 comments:

Amanina Nasuha said...

yer syg..slam ramadan almubarak..mubarak satu!!!!hahaha..murtabak laaa...

Mr.Bun and Mrs.Gem said...

murtabak?? tak pose ekk ? haha

Mr.Bun and Mrs.Gem said...

murtabak?? tak pose ekk ? haha

Qaseh said...

jgn sedih2...yg penting dpt sambut raya dgn org2 tersyg

selamat berpuasa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...