being stronger day by day

Daisypath Anniversary tickers

Suka? Terima kasih =D

Monday, 13 June 2011

HAPPY TWENTY

Entri ni aku tujukan khas buat kawan baik aku sempena lagi beberapa minit je nak tiba 14 Jun.

Inilah CIK'JADIGEMUK'(read:bephat)


Mengikut jam, ada 1jam32minit34saat lagi untuk cik 'jadi gemuk' aku ni cecah duapuluh tahun. Ya, duapuluh! Dah tak ada lagi angka 1 didepan. Tapi angka 2. Aku sayang sangat dengan cik 'jadi gemuk' sebab dia sentiasa ada bila aku sedih, bila aku ada masalah. Senang cerita setiap kali aku perlukan seseorang, dialah orangnya.

Aku kenal dia masa aku Form 4. Dia pindah sekolah, then masuk kelas aku. Mula-mula tak lah rapat mana pun. Bila dah lama-lama jadi terapat pulak. Tambah pulak dia duduk satu apartment dengan aku, memang rapat lah kami.

Pergi tusyen sama-sama. Pergi sekolah sama-sama. Balik sama-sama. Kenangan terindah!

Sekarang ni dia dah jauh dari aku. Tapi tu tak menjarakkan aku dengan dia. Sebab sekarang dunia kan dah maju. Ada handphone, ada facebook. Kan kan kan.


Kepada cik jadi gemuk, welcome to TWENTY. Dah tua yee. hehehe .




Notahandkerchief :
Aku orang pertama kan?

Kecewa!!

Haih, asal petang je mood jiwa kacau. Eh kejap, bukan gaduh dengan EncikGulaHati okay. Tapi dengan para pemandu senior kat luar sana. Apa lagi la Cik Arlina oii. Tak, aku bukan bergaduh, cuma aku kecewa dengan sikap diorang yang suka pandang rendah kat pemandu-pemandu yang berlesen P. 

Tahu lah awak tu pemandu berlesen penuh. Ye, memang awak jaguh kat atas jalanraya. Rasanya tak perlu kot nak tunjuk menunjuk. Saya tahu saya ni baru lagi atas jalanraya. Tapi tak boleh ke kita saling menghormati? Kan bagus macam tu, takde siapa salah. And takde siapa pun akan terlibat dalam accident. Dah la macam tu, ONE WAY pun awak tak nampak ke? Haih!!

HUH! PUAS!

Apalah yang aku bebel kat atas ni. Bukan nak membebel lah! Aku cuma suarakan takpuashati aku kat pemandu-pemandu je. Cerita dia macam ni. Tadi masa aku on the way balik dari kedai, macam biasa la, elok je aku drive. Jalan tu one way, kira mesti takkan ada kereta yang datang dari depan. Then suddenly datang satu kereta dari depan, laju pulak tu. Nasib baik aku brek cepat. Lepas tu boleh pulak dia salahkan aku. Duk tunjuk-tunjuk kat aku dengan mulut dia yang membebel entah apa-apa. Maki aku lah tu, macam aku tak tahu.

Masa tu aku dah kecut perut dah. Yela, tengok muka dia yang bongkak tu je dah menakutkan aku. Kalau ada sepuluh pemandu macam ni, taktau lah nak kata macam mana. Kesian pemandu-pemandu yang berlesen P macam aku ni kena buli.

(The Ten) DAY ONE : 10 things about me

Kat sini aku nak bagitahu kamu-kamu semua sepuluh perkara tentang diri aku sendiri. Selamat mengenali diri aku :)

INI AKU


SATU : Nama aku Nur Arlina. Kawan-kawan, family panggil aku Alin.
DUA : Aku akan jadi jururawat tak lama lagi. Nak kena cucuk?
TIGA : Aku dah ada ENCIKGULAHATI.
EMPAT : Aku suka masak sebab EncikGulaHati suka makan masakan aku.(perasan sedap la tu)
LIMA : Aku seorang yang rendah. 
ENAM : Umur dah 20 (sekarang,2011) tapi perangai macam kanak-kanak.
TUJUH : I am a CATLOVER. Bila nampak je kucing tak kira dimana saja, mesti aku akan bagi dia makan.
LAPAN : Aku suka kacau kucing tidur. Sebab kucing suka kacau aku tidur. So fair kan?
SEMBILAN : Aku kuat membebel. Tapi lepas tu mengeluh penat.
SEPULUH : Aku suka cabut bulu ketiak. Geli? SO WHAT! Haha 




Banyak lagi aku nak tulis tapi nak sepuluh je kan, so aku bagi sepuluh aje. Kalau nak tau apa-apa boleh la tanya sendiri ye.*macam lah ada orang nak baca , ceit!


Notahandkerchief :
Ini post aku yang ke seratus. So Untuk yang keseratus aku bagitau la korang pasal diri aku ni ye. 

The Ten


THE TEN? Apa tu? Cerita The Ten ke? Hehe. Bukan lah. Kali ni aku bukan nak story pasal The Ten. Tapi aku nak accept challenge ABOUT TEN.

Apa tu ABOUT TEN? Oke, about ten ni kira macam tentang 10 perkara pasal diri aku. 10 perkara dalam masa 10 hari. At least ada jugak something to do dalam tempoh aku tengah sem break ni kan.

So antara 10 things yang aku akan senaraikan adalah :

DAY 1 : 10 things about you 
DAY 2 : 10 things you love 
DAY 3 : 10 things you hate
DAY 4 : 10 things you want to say to one person
DAY FIVE : 10 wishes
DAY 6 : 10 items you can't live without
DAY 7 : 10 important people
DAY 8 : 10 of your favourite songs
DAY 9 : 10 ways to win your heart
DAY 10 : 10 final words




So kepada siapa-siapa nak join meh la. Boleh kita kenal diri sendiri sambil orang mengenali kita. Selamat mencuba. :)

Sooo Sweeeeeett!!



Tengah layan youtube tadi tiba-tiba terjumpa vid ni. Tajuk pun macam gempak dah. Bila tengok, WOW! memang THE BEST WEDDING PROPOSAL EVER lah! Just imagine how many peoples the man hired just to propose his girl to be his wife. Menangis aku tengok. Ni baru proposal. Agaknya wedding diorang mesti lagi grand dari ni kan. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...