being stronger day by day

Daisypath Anniversary tickers

Suka? Terima kasih =D

Thursday, 23 December 2010

the day 23th of the month come again


B, happy 15th monthversarry !!
love you more and more each day .

rindukan saat ni. bila lagi kita nak mcm ni B??

Monday, 20 December 2010

ATTENTION MOHD ALIF HAIQAL B KHAIRI





to my dearest muncet, here is something u should know. read it carefully oke!

bila B terkejut, macam ni lah reaksi muka B. hehehe




bila B bercakap dengan By with your serious face and serious voice, this is how i would be.


bila By mintak something and B tak bagi, this is what i will do, and say PLEASSSSSSSE!!
comel kan muka minta simpaty saya ^_^


bila B tengah bercerita and By rasa kagum, i will do this. hihihi


this is how you look when you are doig your face like this.



dan ketika awak sedang on9, beginilah awak.


bila kita bergaduh, saya akan gusti awak, walaupun saya ni pendek. DUSH DUSH! dan akan pastikan awak kalah....


 dan wrestling lagi sampai saya puas. hahaha



bila B marah, u look like this. ohh garangnya! eeeiii tatotnya!




sama tak muka B dengan deot kat atas tu? hehehe


bila kita dating, i like when everytime you hug me like this. make me feel safe. 



macam ni lah B bila tido.


tak kesah la macam mana pun rupa awak wahai mr.muncet, saya tetap sayang awak!



comel kan deot-deot ni...







COKLAT




sebut je coklat, siapa yang tak suka kan. walaupun ada sesetengah orang anti-coklat kerana takut kegemukan, majoriti manusia memang gemarkan coklat. especially me! i am a chocolate lover! actually chocolate is good for maintaining our diet. coklat hanya akan menggemukkan jika seseorang itu mengambilnya dalam kuantiti yang banyak. so, if korang tak nak kegemukan, makan lah coklat tu dalam kuantiti yang sikit. but for me, i will eat it when i feel like eating it. tak kira waktu. kerana bagi saya coklat dapat menenangkan saya. bila saya dalam keadaan sedih, coklatlah yang membuatkan kesedihan saya kurang. dan bila saya runsing atau serabut dengan kepala otak yang dah sememangnya serabut, coklat juga lah yang dapat menenangkan saya. nikmatnya sangat memberi kesan sehingga saya lupa dengan segala masalah. mungkin sebab tu lah orang menggelar saya GEMUK. B, saya gemuk ke? walau apa pun kata orang, saya tetap dengan diri saya. ^_^

if korang nak panggil aku gemuk pun aku tak kesah. asalkan hati aku senang. hahahhaha.


ohh nikmatnya !!





B, bila boleh dapat COKLAT macam ni?????????



i did this when i am far apart from him. and i will never stop!

Sunday, 19 December 2010





everytime i close my eyes, how i wish u were by my side when i wake up the next day.









Friday, 17 December 2010

A REAL RELATIONSHIP

A real relationship: Has fights. Has trust. Has faith. Has tears. Has hurt. Has sweet smiles. Has genuine laughter. Has snorts because of the laughter. Has weird, stupid, unnecessary arguments. Has patience. Has communication. Has secrets. Has jealousy. And most importantly, love. This is all just a mess that turns out beautiful & an experience that can never be forgotten.



MIMPI

mimpi. semua orang mesti pernah bermimpi kan. tak kira lah bia waktunya. siang ke malam ke. dan kadangkala mimpi tu akan datang lagi. macam aku. walaupun bukan pada hari yang berturut-turut, bukan juga mimpi yang sama, tapi ia membawa maksud yang sama, dan selalu menghantui aku.


MIMPI 1,few weeks ago,tak ingat date.
aku bertemu dengan jantung hati aku, sang shrek. kami berjalan di suatu tempat yang aku sendiri tak tau kat mana. sampai satu tempat yang seakan kedai makan kat kampung baru, shrek minta aku tabah dengan apa yang dia nak sampaikan. pada mulanya aku tak syak apa-apa. tiba-tiba datang seorang wanita seksi berpakaian seperti tak berbaju duduk disebelah shrek. aku terkejut. dengan tanpa segan silu wanita itu memeluk shrek. aku apa lagi, panas la. tapi tak sempat nak bertanya, shrek telahpun memberikan jawapan. "inilah gelfren baru i. i akan tinggalkan u kat sini, jangan menangis ye". lalu shrek pergi meninggalkan aku, dan aku pun terbangun dari tidur.




MIMPI 2,few days after the first.
seperti biasa aku dan shrek menghabiskan hujung minggu kami pusing-pusing kota. pada hair berkenaan, aku dan shrek menghabiskan masa di TIME SQUARE. tapi yang menariknya TIMES SQUARE dalam mimpi aku ni tak sama dengan TIME SQUARE yang ada kat KL ni. penat jalan-jalan, kami berhenti untuk makan. dan pada hari tu, aku makan sorang, sebab shrek lepak dengan kawan-kawan di table lain. agak sedih la jugak masa tu. dah bosan duduk sorang-sorang, aku pergi kat shrek dan ajak dia jalan. masa tengah jalan-jalan tu, mama shrek call. zku tak berapa ingat apa yang dibualkan, yang aku ingat pengakuan yang dibuat oleh shrek. dia mengaku yang dia sekarang tak lagi kawan dengan aku tetapi dengan orang lain. aku sangat terkejut sehingga dada ni terasa sesak, namun tidak diendahkan malah ditinggalkan bersendirian di tepi jalan itu. tak lama lepas tu, aku sedar aku sudah berada di hospital. di tangan aku ada sekuntum bunga ros kuning dan telefon bimbit aku. sesedarnya aku, ada mesej daripada shrek. katanya dia cuba menghubungi aku tapi tak dapat. dia juga merayu supaya jangan cari dia lagi kerana kini dia dah bahagia dengan orang lain. dan tiba-tiba aku terjaga dari tidur, dan air mata mengalir dengan derasnya.




MIMPI 3,malam tadi,17 dec.
aku dan shrek telah pergi ke hospital kerana lately badan aku terasa letih dan tak bermaya. selepas beberapa lama menunggu keputusan segala ujian yang telah aku jalani, aku didiagnosa dengan penyakit yang aku sendiri tak tau apa penyakit tu. mungkin tak pernah wujud dalam dunia nyata. aku sangat-sangat kecewa waktu tu sebab kata doktor penyakit aku ni tak ada penawar, dan peluang untuk hidup sangat nipis, macam kain organza. lalu kutanya pada shrek. "kalau i dah tak ada nanti macam mana agaknya u kan". terasa sebak. namun jawapan yang aku dapat sangat-sangat menghampakan aku. "u dah nak mati pun. dan i pun dah jumpa pengganti u". setiap kata-kata yang keluar dari mulut shrek seolah-olah dia tak berperasaan langsung. aku menangis sekuat hati, dan tiba-tiba terjaga dari tidur. 








semua mimpi aku membawa maksud yang sama. aku sangat takut. Ya Allah, jauhkanlah aku dari semua ini Ya Allah. amin.

Thursday, 16 December 2010

BOLA OH BOLA

bila sebut je pasal bola, kaum lelaki mesti mula nak buka cerita. team fevret la pemain la. macam2 lagi. begitu jugak boyfee saya. pantang sebut pasal bola, mula la nak cerita itu ini. boyfee saya ni peminat manchester united.



dia memang die-hard fan manchester united ni. sampaikan sanggup tinggalkan semua kerja dan juga saya untuk tengok team dia main. saya pun sebagai seorang girl dia yang memahami merelakan saja. dulu saya tak minat dengan bola ni. saya ingat lagi "kenapa dalam ramai2 orang tu nak kejar satu bola? kan kat kedai banyak bola. diorang takde duit ke nak beli?" soalan ni pernah saya tujukan kat daddy saya. masa tu zaman tumbesaran, apa pun taktau lagi. daddy saya cuma mampu gelak je, taktau nak jawab soalan yang saya tanya. tapi sekarang baru saya faham kenapa diorang kejar bola tu. bukan sebab takde duit nak beli, tapi ini lah yang dinamakan 'game'. oke, berbalik pada cerita tadi. kalau ada fefret team mesti ada fevret player kan. dulu masa zaman Cristiano Ronaldo naik dulu, itulah fevret player boyfee saya.


 tapi sekarang ni Cristiano Ronaldo dah tak main untuk manchester united. so fevret player boyfee saya pun bukan lagi Cristiano Ronaldo. dan pemain baru yang berjaya merampas jantung hatinya ialah Javier Hernandez Balcazar, yang juga dikenali ramai dengan nama Chicharito. tahniah kepada Chicharito sebab dah berjata curi hati boyfee saya sampai sanggup tinggalkan saya semata2 nak tengok awak beraksi. 



selain daripada menghabiskan masa untuk tengok Chicharito kesayangan beraksi, boyfee saya juga sanggup berhabis $$$ dengan membeli jersy2 team fevretnya. saya tak kisah sangat sebab saya juga akan dapat satu. jadi fair and square lah kan.  

ni jersy lama. jersy baru belum ada gambar lagi.


however it is, saya tetap akan sokong minat boyfee saya walaupun berhabis $$$ dan juga masa. lebih baik berhabis $$$ dan masa kat minat2 macam ni daripada berhabis $$$ dan masa melepak, merokok, dan melakukan kegiatan tak bermoral. 



Saturday, 11 December 2010

FINAL IS FEW DAYS LEFT, AND I AM STILL DOING NOTHING!  


boleh tak sape-sape suruh aku pegi STUDY?????????????????

BERCEKERAMA DI BAWAH LAMPU-LAMPUAN

actually title tak ada kena mengena pun dgn entry ni, kot lah. pada jam 9 malam tadi aku keluar dengan Nazira, my beloved muncet Shrek and my sista Ayuni. at first kitorang plan nak lepak kat dataran. saja tengok lampu-lampu, and yang penting melepaskan kempunan nak main sejenis toy ni, aku gelarkan toy ni lampu kelip-kelip terbang. setibanya di sana, ape lagi, cari lah orang yang jual lampu kelip-kelip terbang tu. dan kami jumpa. aku punya lah excited. da beli tu terus lah menuju ke tengah padang. tak sampai berapa minit kitorang kat situ tetiba terdengar bunyi polis bagi amaran suruh kosongkan tempat tu. memang what the ____ laa kan. yang peliknya, dataran tu kan tempat terbuka, untuk orang awam, aku still tak faham kenapa sampai macam tu skali. memang bengang gila la time tu. nak je aku cakap kat polis tu "kalau tak bagi orang ramai guna tempat tu, pagarkan je laa!" huh! marah ni!!



dah kena halau dengan polis, kitorang pun bertukar arah, pergi plak titiwangsa. dan main la lampu kelip-kelip terbang kat titiwangsa tu. excited gila, walaupun dah kecewa tadi. seronok punya main, tiba-tiba aku dengar macam ada benda patah. OHH NO!!!! bukan oh ni, oh yee, lampu kelip-kelip terbang aku patah. sedihnya tak payah cakap laa. 

macam ni lah aku nanges tadi.(perasan je laa minah ni)

lampu kelip-kelip terbang pun dah patah, so lepak mnum kejap, then balik rumah dengan hati yang kecewa !!

ni lah lampu kelip-kelip terbang yang dimaksudkan. yang tak patah tu adik aku punya, dan yang patah tu aku lah yang punya. 


AKU TAK BODOH

based on the title nampak macam merujuk kepada aku. tapi bukan. entry kali ni aku nak kongsi pengajaran yang aku dapat daripada filem AKU TAK BODOH yang diadaptasi dari filem JACK NOE, "I NOT STUPID TOO" .



filem yang bergenrekan family and comedy ni mengisahkan tentang ROY, seorang remaja yang hidupnya tertekan dengan prinsip ayahnya yang menggunakan kritikan untuk mengajar anak-anaknya. sementara bagi si ibu pula, tak ada satu pun pencapaian anak-anak bagus dimata dia. walaupun ROY   dan adiknya JEFRY dah banyak berusaha, usaha mereka tak dihargai kerana tak menepati kehendak ibu bapa mereka. luahan hati mereka tak pernah diambil tahu. bagi ibu bapa mereka, kemewahan yang diberi telah melengkapkan segala-galanya. 



Oleh kerana terasa diri tidak dihargai, maka, ROY mencari ketenangan dan kepuasan diri di luar rumah. berkawan baik dengan SUDIN, yang dianggap seperti saudara kandung sendiri kerana hanya SUDIN yang ada ketika ROY senang dan susah. walaupun begitu, persahabatan mereka ditentang hebat oleh bapa ROY kerana SUDIN adalah seorang pelajar yang bermasalah.



SUDIN yang hidup dengan bapanya, juga mengalami masalah yang sama seperti ROY. bapa SUDIN selalu memarahi SUDIN. tiap-tiap kali mereka bertemu, pasti akan ada pertengkaran kerana sikap SUDIN yang keras kepala tidak mahu mendengar nasihat ayahnya yang menyuruh dia agar jangan berlawan atau mencari gaduh dengan orang lain. sikapnya itulah yang menyebabkan dia dibuang sekolah.



Sudin mempelajari seni mempertahankan diri kerana minat tetapi usahanya itu dipandang remeh oleh ayahnya yang hanya memikirkan bahawa Sudin belajar ilmu itu kerana ingin mencari gaduh dan pasal dengan orang lain. bagi si ayah, semua itu hanya perkara sia-sia dan membuang masa. malah setiap hari si ayah memarahi Sudin kerana tidak belajar di sekolah dengan bersungguh-sungguh.



Ketika ini, Roy sedang dalam kesusahan kerana hampir dibelasah oleh gangster jalanan. dengan bantuan Sudin, Roy berjaya diselamatkan. tetapi malangnya tindakan Sudin itu telah disalah anggap oleh Cikgu Anuar yang ketika tu ada disitu.

Sejak Sudin dibuang sekolah, Roy jadi tidak bersemangat untuk belajar, hidupnya tidak ceria kerana bagi Roy, satu-satunya ahli keluarga yang memahaminya telah jauh darinya. sejak dari itu juga, Roy dan Sudin terlibat dalam masalah disiplin seperti bercampur dengan gangster jalanan dan mencuri.


Cikgu Anuar , guru tingkatan Roy dan Sudin, seorang cikgu yang tegas. walaupun beliau seorang pendidik, beliau tidak langsung mahu menilai kelebihan dan bakat yang ada pada anak-anak muridnya. oleh kerana kesemua anak-anak muridnya sentiasa gagal dalam ujian yang diberikan, beliau selalu menghukum mereka dengan hukuman yang keras.

Well cikgu… nak mengajar budak-budak remaja ni, kena banyak bersabar dan sekali sekala kena ikut ‘kepala gila’ dia orang jugak. keras sangat pun tak boleh nanti dia orang memberontak.


Tak cukup dengan masalah disiplin Roy, si adik iaitu Jefri sudah pandai mencuri. si adik mencuri wang dari kantin sekolah dengan 1 tujuan iaitu ingin mengumpul sebanyak wang yang mungkin untuk membeli masa si ayah agar dapat menghadirkan diri ke persembahannya di sekolah.



banyak moral of the story yang aku dapat dalam filem ni. yang pertamanya, anak-anak yang tak diberi attention boleh memberontak, kerana itu je la jalan nak luahkan perasaan tak puas hati mereka. yang keduanya, anak-anak yang tak dikawal oleh parents mereka senang terjebak dalam masalah sosial. seterusnya, setiap perlakuan anak-anak adalah untuk merauih perhatian ibu bapa. to parents out there, jangan sekali-kali abaikan anak-anak anda walau sesibuk mana pun dengan kerja anda. sekali sekala kena dengar and ambil tahu keinginan si anak. jangan ingat kamu tu orang dewasa, pengalaman hidup kamu menjadi alasan setiap tindakan kamu itu BETUL !
hargai usaha yang anak-anak lakukan. walau seteruk mana pun hasilnya, jangan kritik, kerana kritikan cuma menjatuhkan semangat mereka. sebaliknya berikan pujian agar anak-anak bersemangat untuk berusaha dengan lebih lagi. jangankan kanak-kanak, remaja dan orang tua pun sama kan??

for this film, i give them 5 STARS! jalan cerita memang best gila, tak kering gusi aku tengok. 



Friday, 10 December 2010



nak macam ni boleh ??

Monday, 29 November 2010

27 november 2010

spending a day with his family. walaupun letih, tapi aku bahagia. dah lama aku tak rasa macam ni. jalan2 satu family, pusing2 kota. our first destination was the ZOO NEGARA. dah sepuluh tahun aku tak jejak kaki kat zoo. excited tak payah cerita lah. arrived around 11 am. then start la journey kami dalam taman haiwan tu. biasa lah, da nama taman haiwan, yang ada dalam tu haiwan lah kan.


sporting parents.






dah penat pusing2 dalam zoo tu, tambah lagi dengan perut yang lapar, kami keluar cari kedai makan. after lunch, we went to NATIONAL MUSEUM. ni lah kali kedua aku jejakkan kaki kat muzium. dah lama tinggalkan zaman sekolah, ni lah time nak refresh balik subject sejarah. walaupun pada hakikatnya aku tak minat sejarah dulu, bila ada kat muzium ni aku rasa kagum dengan orang zaman dulu2. 



si dia khusyuk membaca perjanjian pangkor.

ohh basikal tetnera jepun tahun 1941



B, terima kasih sebab dah buat by bahagia. by rasa bahagia sangat. family by tak sempurna macam ni. kadang2 bila by tengok family b, by jealous sangat2. dah lama family by tak macam ni. rindu sangat nak kembali macam ni. by appreciate sangat2 semuanya. layanan family b kat by terlalu istimewa. terima kasih b. terima kasih sangat2. I LOVE U MOHD ALIF HAIQAL !


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...