being stronger day by day

Daisypath Anniversary tickers

Suka? Terima kasih =D

Friday, 17 December 2010

MIMPI

mimpi. semua orang mesti pernah bermimpi kan. tak kira lah bia waktunya. siang ke malam ke. dan kadangkala mimpi tu akan datang lagi. macam aku. walaupun bukan pada hari yang berturut-turut, bukan juga mimpi yang sama, tapi ia membawa maksud yang sama, dan selalu menghantui aku.


MIMPI 1,few weeks ago,tak ingat date.
aku bertemu dengan jantung hati aku, sang shrek. kami berjalan di suatu tempat yang aku sendiri tak tau kat mana. sampai satu tempat yang seakan kedai makan kat kampung baru, shrek minta aku tabah dengan apa yang dia nak sampaikan. pada mulanya aku tak syak apa-apa. tiba-tiba datang seorang wanita seksi berpakaian seperti tak berbaju duduk disebelah shrek. aku terkejut. dengan tanpa segan silu wanita itu memeluk shrek. aku apa lagi, panas la. tapi tak sempat nak bertanya, shrek telahpun memberikan jawapan. "inilah gelfren baru i. i akan tinggalkan u kat sini, jangan menangis ye". lalu shrek pergi meninggalkan aku, dan aku pun terbangun dari tidur.




MIMPI 2,few days after the first.
seperti biasa aku dan shrek menghabiskan hujung minggu kami pusing-pusing kota. pada hair berkenaan, aku dan shrek menghabiskan masa di TIME SQUARE. tapi yang menariknya TIMES SQUARE dalam mimpi aku ni tak sama dengan TIME SQUARE yang ada kat KL ni. penat jalan-jalan, kami berhenti untuk makan. dan pada hari tu, aku makan sorang, sebab shrek lepak dengan kawan-kawan di table lain. agak sedih la jugak masa tu. dah bosan duduk sorang-sorang, aku pergi kat shrek dan ajak dia jalan. masa tengah jalan-jalan tu, mama shrek call. zku tak berapa ingat apa yang dibualkan, yang aku ingat pengakuan yang dibuat oleh shrek. dia mengaku yang dia sekarang tak lagi kawan dengan aku tetapi dengan orang lain. aku sangat terkejut sehingga dada ni terasa sesak, namun tidak diendahkan malah ditinggalkan bersendirian di tepi jalan itu. tak lama lepas tu, aku sedar aku sudah berada di hospital. di tangan aku ada sekuntum bunga ros kuning dan telefon bimbit aku. sesedarnya aku, ada mesej daripada shrek. katanya dia cuba menghubungi aku tapi tak dapat. dia juga merayu supaya jangan cari dia lagi kerana kini dia dah bahagia dengan orang lain. dan tiba-tiba aku terjaga dari tidur, dan air mata mengalir dengan derasnya.




MIMPI 3,malam tadi,17 dec.
aku dan shrek telah pergi ke hospital kerana lately badan aku terasa letih dan tak bermaya. selepas beberapa lama menunggu keputusan segala ujian yang telah aku jalani, aku didiagnosa dengan penyakit yang aku sendiri tak tau apa penyakit tu. mungkin tak pernah wujud dalam dunia nyata. aku sangat-sangat kecewa waktu tu sebab kata doktor penyakit aku ni tak ada penawar, dan peluang untuk hidup sangat nipis, macam kain organza. lalu kutanya pada shrek. "kalau i dah tak ada nanti macam mana agaknya u kan". terasa sebak. namun jawapan yang aku dapat sangat-sangat menghampakan aku. "u dah nak mati pun. dan i pun dah jumpa pengganti u". setiap kata-kata yang keluar dari mulut shrek seolah-olah dia tak berperasaan langsung. aku menangis sekuat hati, dan tiba-tiba terjaga dari tidur. 








semua mimpi aku membawa maksud yang sama. aku sangat takut. Ya Allah, jauhkanlah aku dari semua ini Ya Allah. amin.

1 comment:

Mr.Bun and Mrs.Gem said...

mimpi mainan tido je...bnda ni x kan hapen la.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...