being stronger day by day

Daisypath Anniversary tickers

Suka? Terima kasih =D

Saturday, 11 December 2010

AKU TAK BODOH

based on the title nampak macam merujuk kepada aku. tapi bukan. entry kali ni aku nak kongsi pengajaran yang aku dapat daripada filem AKU TAK BODOH yang diadaptasi dari filem JACK NOE, "I NOT STUPID TOO" .



filem yang bergenrekan family and comedy ni mengisahkan tentang ROY, seorang remaja yang hidupnya tertekan dengan prinsip ayahnya yang menggunakan kritikan untuk mengajar anak-anaknya. sementara bagi si ibu pula, tak ada satu pun pencapaian anak-anak bagus dimata dia. walaupun ROY   dan adiknya JEFRY dah banyak berusaha, usaha mereka tak dihargai kerana tak menepati kehendak ibu bapa mereka. luahan hati mereka tak pernah diambil tahu. bagi ibu bapa mereka, kemewahan yang diberi telah melengkapkan segala-galanya. 



Oleh kerana terasa diri tidak dihargai, maka, ROY mencari ketenangan dan kepuasan diri di luar rumah. berkawan baik dengan SUDIN, yang dianggap seperti saudara kandung sendiri kerana hanya SUDIN yang ada ketika ROY senang dan susah. walaupun begitu, persahabatan mereka ditentang hebat oleh bapa ROY kerana SUDIN adalah seorang pelajar yang bermasalah.



SUDIN yang hidup dengan bapanya, juga mengalami masalah yang sama seperti ROY. bapa SUDIN selalu memarahi SUDIN. tiap-tiap kali mereka bertemu, pasti akan ada pertengkaran kerana sikap SUDIN yang keras kepala tidak mahu mendengar nasihat ayahnya yang menyuruh dia agar jangan berlawan atau mencari gaduh dengan orang lain. sikapnya itulah yang menyebabkan dia dibuang sekolah.



Sudin mempelajari seni mempertahankan diri kerana minat tetapi usahanya itu dipandang remeh oleh ayahnya yang hanya memikirkan bahawa Sudin belajar ilmu itu kerana ingin mencari gaduh dan pasal dengan orang lain. bagi si ayah, semua itu hanya perkara sia-sia dan membuang masa. malah setiap hari si ayah memarahi Sudin kerana tidak belajar di sekolah dengan bersungguh-sungguh.



Ketika ini, Roy sedang dalam kesusahan kerana hampir dibelasah oleh gangster jalanan. dengan bantuan Sudin, Roy berjaya diselamatkan. tetapi malangnya tindakan Sudin itu telah disalah anggap oleh Cikgu Anuar yang ketika tu ada disitu.

Sejak Sudin dibuang sekolah, Roy jadi tidak bersemangat untuk belajar, hidupnya tidak ceria kerana bagi Roy, satu-satunya ahli keluarga yang memahaminya telah jauh darinya. sejak dari itu juga, Roy dan Sudin terlibat dalam masalah disiplin seperti bercampur dengan gangster jalanan dan mencuri.


Cikgu Anuar , guru tingkatan Roy dan Sudin, seorang cikgu yang tegas. walaupun beliau seorang pendidik, beliau tidak langsung mahu menilai kelebihan dan bakat yang ada pada anak-anak muridnya. oleh kerana kesemua anak-anak muridnya sentiasa gagal dalam ujian yang diberikan, beliau selalu menghukum mereka dengan hukuman yang keras.

Well cikgu… nak mengajar budak-budak remaja ni, kena banyak bersabar dan sekali sekala kena ikut ‘kepala gila’ dia orang jugak. keras sangat pun tak boleh nanti dia orang memberontak.


Tak cukup dengan masalah disiplin Roy, si adik iaitu Jefri sudah pandai mencuri. si adik mencuri wang dari kantin sekolah dengan 1 tujuan iaitu ingin mengumpul sebanyak wang yang mungkin untuk membeli masa si ayah agar dapat menghadirkan diri ke persembahannya di sekolah.



banyak moral of the story yang aku dapat dalam filem ni. yang pertamanya, anak-anak yang tak diberi attention boleh memberontak, kerana itu je la jalan nak luahkan perasaan tak puas hati mereka. yang keduanya, anak-anak yang tak dikawal oleh parents mereka senang terjebak dalam masalah sosial. seterusnya, setiap perlakuan anak-anak adalah untuk merauih perhatian ibu bapa. to parents out there, jangan sekali-kali abaikan anak-anak anda walau sesibuk mana pun dengan kerja anda. sekali sekala kena dengar and ambil tahu keinginan si anak. jangan ingat kamu tu orang dewasa, pengalaman hidup kamu menjadi alasan setiap tindakan kamu itu BETUL !
hargai usaha yang anak-anak lakukan. walau seteruk mana pun hasilnya, jangan kritik, kerana kritikan cuma menjatuhkan semangat mereka. sebaliknya berikan pujian agar anak-anak bersemangat untuk berusaha dengan lebih lagi. jangankan kanak-kanak, remaja dan orang tua pun sama kan??

for this film, i give them 5 STARS! jalan cerita memang best gila, tak kering gusi aku tengok. 



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...