being stronger day by day

Daisypath Anniversary tickers

Suka? Terima kasih =D

Thursday, 9 June 2011

Nora Elena lagi?

Tengok tajuk je mesti dah meluat kan. Tak habis-habis cerita pasal drama bersiri 'Nora Elena' kat TV3. Rata-rata blogger pun dah bersuara tentang drama ni. Aku pun saja je nak bersuara. Aku bukan nak suarakan takpuashati or sukagembira aku towards drama ni. Tapi cuma nak kongsi cerita. *nak baca boleh baca, taknak sudah!*


Rata-rata aku tengok golongan-golongan Hawa memang sungguh-sungguh mengikuti drama ni. Tak boleh tinggal walau satu episod pun. Mungkin sebab pelakon-pelakonnya sama cantik sama lawa.


memang cantik memang tampan.



 Walaupun aku layan cerita ni, tapi aku layan gitu-gitu je. ENCIKGULAHATI aku pun tak pernah hayat nak layan drama macam ni. Sehinggalah petang tadi, lepak dengan aku sambil menonton drama 'Nora Elena'. Tiba-tiba ENCIKGULAHATI bersuara,

EncikGulaHati : Kenapa ramai perempuan suka tengok drama ni?
Aku : Sebab diorang suka tengok sifat romantik Seth (Aaron Aziz) dalam cite ni. U tak rasa dia romantik ke?(saja nak pancing,hehe)
EncikGulaHati : Erm, biasa je I tengok. Tapi kan, I macam dia tak?
Aku : (hanya mampu gelak sebab dalam diam rupanya dia nak jugak jadi macam Seth.haha)


Tapi apa pun aku bersyukur dengan dirinya sekarang. Rasanya tak perlu kot orang macam Seth untuk bahagiakan aku. Setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.

Wednesday, 8 June 2011

Why?

Kenapa? Kenapa apa? Kenapa lah. Haha. Sengal. Oke cukup. Aku sebenarnya tertanya-tanya, kenapa pandangan segelintir masyarakat kat luar sana terhadap student nurse sangat teruk? Seolah-olah kami ni sangat keji. Ada jugak aku terdengar orang bercerita tentang perangai-perangai student nurse yang tak elok. Tapi bukan semua sama macam tu. Jangankan hanya sebab seorang dua yang buat perangai yang lain turut dapat tempias. 


Ada sesetengah pihak tu pulak suka memburuk-burukkan student nurse hanya sebab sikap peramah student tu. Nak buat macam mana dah itu memang tanggungjawab kami, mesra dengan pesakit sebagai pesakit dan jururawat. Tak lebih dari tu. 


Yang paling aku tak suka bila ada segelintir staffnurse (tak merujuk kepada sesiapa, berdasarkan pengalaman sahaja) anggap yang student ni taktau apa-apa. Kononnya student ni hanya sebagai student. Diorang lupa agaknya sebelum diorang jadi staffnurse diorang juga bergelar student. Bila minta tunjuk ajar mula kata student macam-macam. Tapi tak semua staffnurse macam tu. Bagi yang suka bantu student tu, terima kasuh banyak-banyak. Macam tu la baru orang kata profesional. Tak kedekut ilmu. 



Oke rasanya dah cukup emosi aku sampai sini. Nanti lebih-lebih nanti kata aku mengata orang pulak. Apa yang aku coret kat sini adalah berdasarkan pengalaman aku sebagai seorang student nurse. Dan tak lama lagi aku pun akan bergelar staffnurse and hope not to be like one of them someday. 

CHILDISH? aku suka!

Pernah dengar tak perempuan merungut bila boyfriend dia act macam kanak-kanak? Tak suka lah, rimas lah, malu denagn kawan-kawan lah, tak matang lah and what so ever. Some of my friend pun macam tu jugak. Merungut tak habis bila si lelaki buat perangai mengada-ngada. Habis kau ingat kau buat perangai budak-budak kau yang gedik tu diorang suka la? *pang sebijik kang*


Bagi aku la kan, I have no problem with that. CHILDISH? Lagi aku suka. Sebab dari situ la kita tau lelaki tu sebenarnya manja atau tak. Lagi-lagi kalau anak sulung, bukan main lagi childish dia. Kalah budak 2 tahun. Cehh, cakap macam ada experience je. hehe


Memang most of the guy out there sangat ego dan nampak serious. Sometimes ada yang luaran nampak ganas tapi hati kiut. But jangan tak tau, dalam ego diorang tu ada jugak sifat mengada-ngada, sifat keanak-anakan, kalah budak kecik. Itu lah yang membuatkan sesetengah kaum Hawa cair dengan mereka. Nak marah pun  tak jadi. That happen to me too.


kan comel tu.


Biar la orang nak kata tak matang or what so ever, aku tetap suka dengan golongan-golongan macam ni sebab bagi aku ni lah yang dinamakan SWEET!

BEN ASHAARI AJAK KRITIK BLOG AKU

Okay. For the first time aku join things macam ni. Sebelum ni hanya tengok kat blog orang je. Yela blog biasa-biasa je. Rasa macam tak layak pulak nak join-join segmen macam ni. Follower lagi lah, tak payah cakap pun dah tau kan. Tak sehebat blogger-blogger lain. Aku join ni pun just for fun. So if ada yang nak kritik blog aku silakan lah. Sangat dialu-alukan.

Bagi sesiapa yang nak join segmen ni boleh la klik kat SINI. (macam lah ada orang follow blog aku kan)

Saturday, 4 June 2011

finally it has come to the end

Jam berganti hari, hari berganti minggu, akhirnya tamat sudah praktikal aku selama tiga minggu kat Dungun. Lega rasanya lepas satu tanggungjawab. Kawan-kawan aku baru nak berangkat dari Dungun harini. Aku dah sampai KL hari Khamis lagi. Perjalanan yang sangat lama dan sangat menakutkan. Aku ni fobia sikit kalau bas lalu dekat kawasan bukit-bukit. Teringat berita-berita tentang bas terbalik di kawasan Lebuhraya Karak tu. Hanya doa je lah yang aku mampu. 


Bagi aku praktikal kali ni memang sangat menarik dan banyak kenangan. Kenangan dengan kawan-kawan. Terasa macam satu family dah. Kali ni aku berjaya untuk tidak mengulangi kesilapan praktikal-praktikal yang lepas. Apa lagi kalau bukan ber 'World War' dengan si dia. Alhamdulillah, tiga minggu berjalan dengan lancar.

Sebelum cuti ada osce dan final Sejarah and English. Yang paling malas nak menelaah dah tentulah subjek kegemaran ramai, Sejarah. Apa-apa pun aku redha je lah, bila dah malas macam ni lah. Say goodbye to the subject. *memang nak kena ketuk!*


Cuti seminggu tak plan apa-apa lagi. Tapi dalam kepala ni asyik terfikirkan benda yang sama, nak pergi jauh dari KL nak tenangkan fikiran. Tapi taknak pergi sorang. And tempat pun tak tau kat mana. Kesian orang yang tak berkampung ni. Kalau ada kampung boleh la lepak kampung sampai cuti habis. Apa pun plan utama nak celebrate birthday daddy yang coming soon. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...