"No matter who broke your heart, or how long it takes to heal, you’ll never get through it without your friends."
Hati wanita sering saja dilukakan. Dan setiap kali tu lah ada saja yang ingin mengambil kesempatan. Kononnya ingin menyembuhkan. Cirit! Menyembuhkan dan merabakkan lagi hati yang dah rabak. Gila, ni ke bahasa aku??
Aku bukan nak blame sebelah pihak, tapi selalunya yang datangkan punca masalah adalah dari sebelah pihak tu lah. Pihak mana? Korang fikir lah sendiri. Entri ni tak mengisahkan hidup aku mahupun sesiapa. Sekadar muntah lahar yang terbuku lama dalam lubuk hati. Pengalaman serta luahan-luahan setiap insan yang bernama wanita membuatkan aku termuntah disini. Dalam dunia kadang-kadang kita terasa tak adil kerana selalu ditindas. Dan mereka yang menindas tetap dari golongan yang sama. Sering memandang rendah akan kelembutan kaum hawa, asyik terlalu berfikir untuk mengambil kesempatan dan tak pernah ada kesedaran.
Seorang sahabat yang melalui liku-liku kehidupan yang sangat mencabar baginya, bukan saja dia, mungkin bagi setiap kaumnya, menempuhnya dengan tabah dan kuat. Aku?? Mungkin tidak. Ye, aku memang tak kuat, walaupun aku sentiasa tersenyum. Eh, yeke tersenyum? Ah, tak kenal maka tak tahu. hahaha.
Sebenarnya tak ada apa yang kita boleh buat untuk mengubah mana-mana pihak. Hanya percaya pada diri sendiri. Aku mendoakan yang terbaik buat sahabatku. Dan juga diriku.