Wednesday, 25 May 2011
kelahiran
KELAHIRAN! sesuatu yang hanya dapat dirasa oleh seorang yang bergelar IBU dan sakitnya tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Hari ni aku Diberi peluang untuk melihat sendiri proses kelahiran seorang hamba Allah dimuka bumi ni. Melihat setiap Peringkat kelahiran, sehingga selesai. SAKIT! Aku tau, hanya orang yang pernah mengalaminya tahu macam mana rasa sakitnya. Masa aku tengok process of labour tu, Teringat aku kat mama yang jauh di KL. Tiba-tiba sebak menyelubung diri, dan akhirnya jatuh air mata. Tak dapat dibayangkan betapa seksanya melahirkan anak, ibarat nyawa dihujung tanduk. Aku mengaku aku bukan seorang yang kuat untuk menyaksikan sesuatu yang menyakitkan, tapi aku gagahkan juga. Sesungguhnya pengorbanan seorang IBU sangat besar,janganlah sekali-kali menderhaka kepadanya kerana syurga itu dibawah telapak kaki ibu .
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment