Setelah berhepas pulas shift pagi sepanjang sembilan hari, akhirnya tiba jugak time cuti. Ingatkan dah takde cuti langsung kan. Memang tak la. Bangla pun tak kerja macam ni kot. *merungut!lempang kang!*
Nak buat macam mana kan, dah aku sendiri yang pilih ni, so kena lah terima. *HAHA padan muka* Sebelum cuti dah plan awal-awal nak pusing-pusing Kota Ganu. Bukan senang nak jejak sini woo. Seumur hidupo aku ni pertama kali aku jejakkan kaki kat Ganu ni. Tak pernah berangan pun nak pergi sebenarnya. *pergh berlagak!*
Macam biasa lah bila kat negeri orang kan. Nak travel pergi mana-mana kenalah naik angkot. Angkot? Apa tu? Ingat Indonesia ke naik angkot. Maksudnya pengangkutan awam la. So yang ada kat sini adalah bas. Jadi naik bas la jawapnya. *haha tak kelakar*
Very early in the morning, Kak Chin orang yang paling excited nak gerak. Katanya nak gerak pukul lapan. Awal gila ahh. Last-last tidur balik. Asalnya memang planning nak gerak awal pagi. Tapi memandangkan cuaca hujan yang sangat nyaman untuk tidur, semua pun terlajak tidur.
Dah siap-siap dalam jam sebelas, pergilah kami berempat (aku,mok,sya and kak chin) menapak ke bus steng (read:bus stand). Masa tengah jalan tu Kak Chin memuji cuaca yang redup dan nyaman. Sesampainya di bus steng, tuu diaa, panasssss! Mana tak, jalan bukan main jauh lagi. Dengan perut yang dah menyanyi-nyanyi kat dalam. Tunggu bas dekat setengah jam, akhirnya sampai jugak bas. Takde aircond pun takde aircond lah, janji dapat duduk. Bas tingkat lagi sejuk kot. *haha*
Perjalanan yang ambik masa sejam setengah, cukup lah buat aku serik nak naik bas tingkap. Bila bas laju rambut pun berterbangan tutup muka. Pantang berhenti kat traffic light, aku dengan Kak Chin asyik betulkan rambut je. Kalau 1000 kali berhenti 1000 kali betulkan rambut. Bukan nak control cun ke hape, tapi kalau dah serabai macam orang tak siuman, lagi pelik pulak orang pandang nanti. Aku pelik dengan orang-orang kat sini. Pandang orang macam tak pernah tengok orang, Kalau boleh nak keluar biji mata tu agaknya dah terkeluar dah. *lempang sekor-sekor baru tau*
Bila sampai je kat terminal bas Kuala Terengganu, Dengan perut yang tersangatlah lapar (sebab tak makan pape dari pagi) terus serbu McD. Betapa nikmatnya bila makanan tu masuk dalam mulut, lalu esophagus dan seterusnya perut. Dah selesai makan tunggu pulak kawan Kak Chin merangkap tourist guide kami pada hari itu. Mengikut plan asal, kitorang nak pergi Pasar Payang. Pasar Payang ni famous kat sini sebab barang-barang dia murah. Macam-macam ada. Tapi hari Jumaat kebanyakan kedai tutup, so next station ialah Pantai Teluk Ketapang. Berhenti kat kedai makan lepak seround. Dah kenyang melantak kelapa sebiji, pergi lah kat pantai. Menggedik seround dengan Mok and Sya.
Bukti kegedikan kami.
Kak Chin takde dalam ni sebab dia sibuk teramat sangat dengan Si Candat. Kononnya tak boleh kena panas. Takut black-black. *cakap orang sendiri pun sama* .
Maklumlah, kat KL takde laut kan. So batak la kejap bila jumpa pantai. Lagi-lagi aku ni yang memang sejak azali lagi takde kampung halaman yang berpantai. Dah puas jalan sehari, balik terus pengsan.