being stronger day by day

Daisypath Anniversary tickers

Suka? Terima kasih =D

Sunday, 6 November 2011

Beraya di rantau orang.

Wahh, dah berhabuk dah blog aku ni. Ahh biar lah. Bukan ada yang membaca pun. Hari ni, 6 November 2011, hari raya haji. Huwaa!! Sedihnya! aku tak dapat beraya dengan family tahun ni. Sebabnya kena hantar posting kat Pulau Pinang. Nasib baik raya haji je. Kalau raya puasa, berguling-guling dah kot kat sini bersama dengan air mata sepuluh baldi. Ni first time aku beraya kat negeri orang. Mesti ada yang kata 'alah, baru sekali dah kecoh!' . Ehh biar lah! Tapi alhamdulillah rumah semua okay. Cuma kena adapt dengan environment kat sini. Ahh, buat apa cerita. Takde sape pun nak baca. Okay lah. Nak ucap Selamat Hari Raya Aidiladha semua!

Thursday, 20 October 2011

Unbelievable? Believe it!

Tengok sekali, aku memang macam seorang gadis melayu. Tengok lagi, memang macam gadis melayu pun. Jangan perasan kau macam amoi ehh! Haha. Disebalik wajah kemelayuan aku ni, tersimpannya rahsia. Rahsia apa? Haa, the truth is, aku ni anak kelahiran darah campur. My dad is Chindian, my mother is Javanese. Apa tu Chindian? Hehe. Chindian tu Chinese + Indian. Haa. Percaya tak percaya tak? Kebanyakan orang takkan tau kalau aku tak bagitau. Ada satu hari tu, aku tanya CI aku. Kenal tak nenek aku yg bernama Rajeswary. Bulat mata CI aku. Haha. Yela, pelik la. Then lepas aku cerita yang selanjutnya, barulah Puan tau. And now, the very good news, aku dapat tau aku ada nephew baru. At first aku tertanya-tanya jugak. Sebab cousin aku kat sini tak ramai yang dah kahwin. And when i speak out their names, daddy senyum je. Lepas je daddy tunjuk gambar nephew aku tu, aku macam 'WOW!' . Aku macam tak percaya, he's so cute. And he doesn't look like one of us in Malaysia. And then I realize how great were my family.


Ni lah cousin saya, tapi terlupa nama. Hehehe

Nesta and his grandpa = my uncle =)



Ohh lupa. Saya perkenalkan, inilah Nesta, nephew saya. Hehehe. 

Tuesday, 18 October 2011

"No matter who broke your heart, or how long it takes to heal, you’ll never get through it without your friends."





Hati wanita sering saja dilukakan. Dan setiap kali tu lah ada saja yang ingin mengambil kesempatan. Kononnya ingin menyembuhkan. Cirit! Menyembuhkan dan merabakkan lagi hati yang dah rabak. Gila, ni ke bahasa aku??
Aku bukan nak blame sebelah pihak, tapi selalunya yang datangkan punca masalah adalah dari sebelah pihak tu lah. Pihak mana? Korang fikir lah sendiri. Entri ni tak mengisahkan hidup aku mahupun sesiapa. Sekadar muntah lahar yang terbuku lama dalam lubuk hati. Pengalaman serta luahan-luahan setiap insan yang bernama wanita membuatkan aku termuntah disini. Dalam dunia kadang-kadang kita terasa tak adil kerana selalu ditindas. Dan mereka yang menindas tetap dari golongan yang sama. Sering memandang rendah akan kelembutan kaum hawa, asyik terlalu berfikir untuk mengambil kesempatan dan tak pernah ada kesedaran. 
Seorang sahabat yang melalui liku-liku kehidupan yang sangat mencabar baginya, bukan saja dia, mungkin bagi setiap kaumnya, menempuhnya dengan tabah dan kuat. Aku?? Mungkin tidak. Ye, aku memang tak kuat, walaupun aku sentiasa tersenyum. Eh, yeke tersenyum? Ah, tak kenal maka tak tahu. hahaha.
Sebenarnya tak ada apa yang kita boleh buat untuk mengubah mana-mana pihak. Hanya percaya pada diri sendiri. Aku mendoakan yang terbaik buat sahabatku. Dan juga diriku. 

Saturday, 1 October 2011

Let me tell you something you already know. The world ain't all sunshine and rainbows. It's a very mean and nasty place and I don't care how tough you are it will beat you to your knees and keep you there permanently if you let it. You, me, or nobody is gonna hit as hard as life. But it ain't about how hard ya hit. It's about how hard you can get it and keep moving forward. How much you can take and keep moving forward. That's how winning is done! Now if you know what you're worth then go out and get what you're worth. But ya gotta be willing to take the hits, and not pointing fingers saying you ain't where you wanna be because of him, or her, or anybody! Cowards do that and that ain't you! You're better than that! 

Friday, 16 September 2011

DUIT punya pasal.........

DUIT, semua orang tau apa tu duit. Dalam kata lain WANG. Zaman sekarang semua pun perlukan duit. Even masuk toilet untuk membuang hajat pun gunakan duit. Duit, dihasilkan dengan sesuatu bahan, dan diletak nilainya. RM100. RM50, RM5 malah 20sen pun bernilai. Yelah, walau terkurang 5sen pun kita takkan dapat beli apa yang kita nak.(bagi benda yang tak boleh negotiate je tau) Disebalik kebaikan yang ada pada duit, ada juga keburukannya. Macam yang pernah kita dengar diberita serta terpampang di surat khabar.

Sebab duit suami isteri bergaduh. At the end, divorce.

Sebab duit, anak sanggup bunuh mak ayah, semata-mata untuk mendapatkan harta-harta.

Sebab duit, sahabat jadi musuh.

Sebab duit, timbulnya ungkit-mengungkit. Yang sadisnya, berakhir dengan kematian.

Sebab duit, sanggup tak jaga kesihatan, kerja tak rehat-rehat.

Sebab duit, sanggup menggadaikan segala harta benda. Menyesal kemudian tak berguna dah.

Sebab duit, hubungan kekeluargaan hancur.

Sebab duit, banyak berlaku maksiat.

Sebab duit, pelajaran entah kemana.

Sebab duit orang sanggup mencuri.

Sebab duit..... Banyak perkara-perkara negatif berlaku hanya sebab ingin mendapatkan DUIT. Kadang-kadang ada jugak aku terfikir, alangkah bagusnya kalau dunia tak guna duit. Takde lah kes-kes negatif terjadi. Kan??
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...