being stronger day by day

Daisypath Anniversary tickers

Suka? Terima kasih =D

Friday, 17 August 2012

Bulan puasa pun tipu orang.

Bulan puasa bulan mulia. Semua orang tau tu. Time bulan puasa ni jugak lah ramai yang nak cari duit lebih untuk belanja raya. Almaklumlah raya setahun sekali. Tapi saya taklah belanja banyak-banyak. Hanya setakat yang mampu. 

Okay let's go back to the topic. Bulan puasa pun tipu orang. Siapa yang tipu siapa ni? Haa moh sini mike nak kabo ke kome semua. Malam 7 Ramadhan mike ada pergi ke uptown kat Danau Kota dengan EncikGulaHati mike. Ala uptown Danau Kota yang famous amos tu. Masa jalan-jalan sambil window shopping, adalah beberapa brader-brader yang buat promosi simcard free datang hulur simpack kat kami. Memang nak lari je sebenarnya tapi brader-brader tu dah tahan kami. Siap kepung lagi tau. Apa lagi deme pun mulalah pot pet pot pet pasal simcard free deme tu. 

Haa macam nilah brader-brader promoter tu. Gambar tak cantik ;(

Dengan suasana yang hiruk pikuk tu layankan jelah brader-brader tu. Then suddenly datang seorang member dia suruh kami sign borang apa tah. Kami pun sign je tanpa selidik dulu borang apa tu. Lepas tu brader yang duk potpet potpet tu sambung balik potpetpotpet deme. Dah puas potpetpotpet dia minta IC kami. Dengan lurus dan bendulnya kami pun serahkan IC untuk dipotostat. Haa tudiaa. Siap bawak potostat machine tu kat booth. 

Dah puas potpetpotpet dengan kami, dah ambil maklumat yang deme nak, deme pun bagilah simpack kat kami. Sekali empat simpack dia bagi. Dan kemudian kami pun berlalu pergi. Masa dalam jalan balik tu EncikGulaHati sempat pesan jangan guna simpack tu. Takut nanti deme charge yang bukan-bukan. Maka mike pun mengiakan saja.

Ingatkan takde apa lah. Sampailah semalam. Mike terima dua surat dari Celcom mengatakan mike ada tunggakan postpaid sebanyak RM 268. Bila tengok tu apa lagi, memang nak hangin jelah kan. Yelah, sejak bila pulak kita pakai postpaid. Celcom pulak tu. Tiba-tiba teringat simpack yang deme bagi haritu. Dari situ mike dah dapat tangkap, mike kena tipu. 

Lepas tu tergerak hati nak call nombor yang kononnya mike pakai tu. Call sekali je, lepastu ada orang angkat. Sah memang ada orang guna nombor tu atas nama mike. Hape lagi memang naik hangin lah mike. Sekarang ni  dalam usaha nak pergi tegakkan keadilan. Silapnya mike dengan EncikGulaHati masa tu pergi bagi IC tanpa selidik. Haih. 

So kome semua, janganlah percaya kalau ada orang nak bagi benda-benda free ni. mana ada benda yang free sekarang. Nak pergi buang air besar pun kena bayar tau. Tapi kalau Baskin Robin bagi ice-cream free tu ambil jelah. Kata orang rezeki jangan ditolak. 



Tuesday, 31 July 2012

Kerja, kerja dan kerja...

Masuk hari ni genap 2 minggu aku bekerja kat Poliklinik Mediprima ni. Kerja yang aku pun tak jangka akan dapat. Pengalaman kerja klinik memang sangat berbeza dengan bekerja dalam ward. Yelah, kat ward aku cuma buat apa yang doctor order. Segala kelengkapan semua dah siap. Contohnya set dressing, set injection, semuanya dah siap di sterilekan dan dibungkuskan. Berbeza dengan kat klinik. Segala-galanya kita yang kena buat. Daripada tugasan administrator sampailah ke cleaner. Sepanjang aku kerja kat sini macam-macam ragam manusia aku dah tengok. Ada pesakit yang kurang sabar, ada pesakit yang boleh faham dan ada yang tak. Ragam doktor tak payah cakap lah. Walau apa pun, aku tetap rindukan suasana dalam ward.

Sunday, 1 July 2012

Hargailah selagi ada.

Manusia ni memang susah nak menghargai sesuatu yang ada. Bila dah takde baru tercari-cari. Kadang-kadang aku terfikir, kenapa manusia macam tu? Untuk menghargai, susah ke? Nak kena guna seluruh tenaga ke nak menghargai? Nak kena guna duit ke nak menghargai? Menghargai tak semestinya perlu beli hadiah paling mahal di dunia. Tak perlu juga nak bawak pergi bercuti kat tempat yang paling indah seindah syurga. Cukup sekadar berterima kasih. Yang lain terpulanglah pada kreativiti seseorang untuk menghargai.


Selagi seseorang itu masih ada, hargai dia. Jangan pulak bila dia dah move on baru nak menyesal tak menghargai dia dulu. Manusia ni tak semua yang boleh memaafkan dengan mudah. Sekali dua mungkin boleh dimaafkan lagi. tapi kalau dah berkali-kali, maaf pun dah macam makan nasi hari-hari. Harini makan malam nanti membuang, lepas tu esok makan lagi.


Kepada Awak,
Awak mungkin rasa saya menyemak sekarang dan akan merindui bila saya dah tiada. Saya minta maaf. Kalau saya dah tiada nanti, tolong sedekahkan Al-Fatihah untuk saya ye.

Saturday, 28 April 2012

Haih...

Wahhh! Dah lama rasanya tak post kat blog ni. Busy tersangat sampai tak sempat nak jenguk pun blog ni. Tapi post pun orang ada ke yang membaca? Tapi tak kisah lah kan. Hahaha. Almost 2 months I've been in Penang. And finally my very last posting is going to end soon. And after this will be no more posting out. And what is waiting for me when I'm back is LJM examination. Dimana segala-galanya bergantung disitu. Masa depan yang cerah ataupun nowhere.

Since sampai Penang ni macam-macam happen. Secara sengaja ataupun tak. Bergaduh la gelak ketawa la. Ada kalanya happy, ada kalanya sedih, and sometimes heartless. And macam biasa lah. Time posting ni ada yang terpisah dengan kawan-kawan.

Yang tak seronoknya, semakin dekat hari nak habis belajar, semakin ramai yang menunjukkan belang dan taring masing-masing. And some of them don't even realize what they did really hurts other people around them. Ragam manusia ni banyak. Macam-macam jenis ada. Nak jaga hati semua orang memang susah. Kadang-kadang  hati sendiri pun terabai. Sebab terlalu nak menjaga hati orang. And sometimes terpaksa bertalam-talam sebab taknak dikata sombong and lupa daratan.

Bila dah jadi macam ni, jalan terbaik adalah mendiamkan diri.

Monday, 12 March 2012

Errm. Hye!

Assalamualaikum semua. Cewahh. Macam banyak readers. Hihik. Wah, dah lama rasanya tak update. Nak buat macam mana, takde idea. Sebab saya bukan blogger tegar seperti mereka-mereka. Hihik. Lagipun tengah sibuk dengan final ni. Maklumkah, final terakhir untuk tahun terakhir. Tengah take five tiba-tiba pulak tangan gatal nak update blog. Haa, apa lagi. Hahaha.

Firstly, of course lah nak ucapkan terima kasih yang bertrillion-trillion kepada orang tersayang, kawan-kawan serta mereka-mereka yang wish birthday I. Bila? Ala, dah lama dah lepas. 25 Feb haritu. As usual lah. I tak celebrate pun birthday I. Dah dewasa kan. I dont mind. And thousands of thanks to my beloved EncikGulaHati sebab hadiahkan handbag. Macam tau-tau je handbag saya dah mintak diganti. Heee.

Tahun ni seperti yang semua orang sedia tau, adalah tahun lompat. Haa? Tahun pun ada lompat-lompat ke? Ala leap year. Bulan Feb ada 29 hari. Pada siapa yang birthday dia 29hb Feb tu, I nak wish happy many returns of the day. 4 tahun sekali tu. And pada 29 Feb yang lepas merupakan hari yang penuh memori indah bersama kawan-kawan I. I langsung tak expect u all nak buat surprise birthday party. Walaupun kecil-kecilan, bagi I sangatlah bermakna. Bukan bermakna kerana nilai kek ataupun makanan. Tapi nilai persahabatan yang ada. Bagi I mereka lah kawan-kawan yang baik buat I. yang selalu menghiburkan hati dikala hati dilanda Tsunami.








Ni lah kawan-kawan yang dah berjaya buat surprise birthday party tu. Sweet kan. Hee.


NotaHankerchief : Thanks korang untuk surprise ni. Sangat-sangat appreciate. Now we are struggling for final. And few months more, we will sit for LJM exams. So sama-sama lah kita berjuang demi masa depan. Walau apa pun yang jadi, korang lah sahabat aku yang baik. Love you all. Thanks NadiyahHassan, AmaninaNasuha, NorHaliza, NurulEffharani, dan jugak Nazira. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...