being stronger day by day

Daisypath Anniversary tickers

Suka? Terima kasih =D

Friday 26 August 2011

Menjelang Syawal..


Beberapa hari lagi Syawal akan menjelang. Semua kawan-kawan sudahpun tiba di kampung halaman masing-masing. Yang mana balik esok sedang menghitung detik untuk pulang beraya. Aku, macam biasa lah. Beraya di Kuala Lumpur saja. Kampung? Memang takde. Bila dengar je lagu raya, mula lah. Rasa sayu je. Dalam kepala dah terfikir apa plan hari raya nanti. Yang memang setiap tahun aktiviti hari raya adalah duduk rumah tengok TV. Bosan! Teringin jugak kan rasa suasana malam raya kat kampung. Dengar kawan-kawan bercerita, buatkan aku sungguh cemburu dengan diorang. Takpe lah, bila dah kahwin nanti ada lah kampung tu. Kan EncikGulaHati??



Notahandkerchief :
Sekadar luahan hati sebab jelous tengok orang sibuk nak balik kampung. T_T

Wednesday 24 August 2011

WORDLESS WEDNESDAY



Saturday 13 August 2011

Bukan semua yang naik motor REMPIT.

Setelah penat sibuk menghabiskan asignment community, marilah berehat sebentar bersama Kit Kat. Ehh, tak puasa ke? Disebabkan tak boleh nak berehat bersama Kit Kat, jadi Kit Kat ditukar kepada blog. Agak lama jugak aku tak muntah-memuntah kat sini. okay lah, taknak mencarut banyak-banyak, nanti ada orang muntah pink pulak, tak pasal-pasal batal puasa tu.


Back to the topic, memang bukan semua yang menunggang motor tu rempit. Kenapa aku cakap macam tu? Sebab aku pun kadang-kadang naik motor jugak. Aku tak suka bila ada orang yang dengar perkataan 'motor' ataupun nampak orang naik motor, terus cop orang tu sebagai rempit. Tak adil okay! Macam kuda, kalau ikut yang kita tahu, koboi je kan naik kuda. Habis tu yang tunggang kuda untuk riadah ataupun meronda(macam polis yang ronda-ronda naik kuda kat Titiwangsa tu) pun dipanggil koboi jugak ke? Tak kan. Lagipun pak cik-pak cik yang nak pergi surau naik motor pun mat rempit jugak ke?

Ini rempit?????


Walaupun motor takde protection macam kereta, tak berbumbung, tapi ada advantage. Kereta walaupun ada bumbung, ada protection kiri kanan, tak semestinya tak ada disadvantage kan. Contohnya time traffic jam, motor la yang jadi penyelamat kalau dah lambat, sebab boleh mencelah. Kalau kereta boleh ke mencelah. Jawabnya eksiden.

Bak kata pepatah,'don't judge a book by its cover'. Jadi kita janganlah menilai seseorang tu berdasarkan apa dia naik, apa dia pakai.


Notahandkerchief : 
Tiba-tiba teringat pulak cerita Adnan Sempit. Layan~~

Wednesday 10 August 2011

My Birthday GA


Join GA lagi. Nak join klik la gambar atas ni yee. Moh ramai-ramai join.

Sunday 7 August 2011

Dulu Chicharito, kini David De Gea

Entry ni entry muntah, sesiapa yang elergy dengan entry macam ni sila lah ke 'X' di hujung tu ye. Sekian.

Ni sambungan daripada entry sini. Aku rasa semua orang tau harini game antara Man Utd dengan Man City.


Macam biasa lah, EncikGulaHati takkan miss tengok game tu, sampai aku pun hyehye byebye je. Hehe. Masa berbuka tadi, EncikGulaHati dengan tanpa rasa bersalahnya telahpun memberitahu tentang buah hati barunya. Ehh, EncikGulaHati curang? Korang lah judge ye. Haha. 

Kalau dulu Chicharito yang mencuri hatinya, tapi sekarang ada yang lebih handsome telah berjaya bertakhta di hati EncikGulaHati. Nak tau siapa? 


Inilah pencuri hati EncikGulaHati. Goal keeper Manchester United. Kerana terlalu cintakan goalkeeper ni, EncikGulaHati dengan rasa tak bersalah pergi meninggalkan saya dan menyaksikan game ni. 



Saturday 6 August 2011

SYAFIQ RAHIM KE PERSIJA JAKARTA, LIGA SUPER INDONESIA




Syafiq Rahim pindah ke Indonesia? Itulah khabar angin yang sedang melanda dunia bola sepak negara. Siapa tak kenal Syafiq Rahim, kapten Malaysia. Berdasarkan sumber yang aku baca, Syafiq Rahim sah akan ke Persija Jakarta musim depan. Nampaknya bola sepak negara semakin berkembang.


Bukan saja Syafiq Rahim, pemain sayap kebangsaan, Amirul Hadi pun turut dipancing oleh kelab dari liga Jepun dan Persib Bandung. Ni perkembangan yang baik untuk bola sepak negara. Bangga dengan pencapaian bola sepak Malaysia sekarang. Sumber

Najlaa 'Aqilah's Giveaway!

Dah lama tak join GA . Arini start join lagi . So u olls, jom lah join ramai-ramai. Klik je kat banner bawah ni.



Ditag :

Monday 1 August 2011

Ramadhan datang lagi

Alhamdullillah, aku diberi kesempatan lagi untuk menyambut Ramadhan tahun ni.


 Bila tiba je Ramadhan, mesti semua orang suka gembira kan. Yela, nak raya, siapa yang tak suka. Tapi bukan aku. Bukan aku tak suka raya, suka sangat. Suasana bulan Ramadhan paling aku suka. Tapi aku tak suka perasaan yang datang bila menjelang Syawal. Sayu rasa hati, lain macam rasanya. Mungkin sebab aku tak ada kampung halaman macam orang lain ada.


 Selama 20 tahun aku hidup, kat sini lah aku lahir, dan kat sini lah aku menyambut Syawal. Cemburu tengok kawan-kawan balik raya. Kadang-kadang teringin jugak nak merasa ada kampung halaman ni. Raya tahun lepas aku diberi peluang merasa beraya di kampung. Aik! Kata takde kampung? Hehe. Bukan kampung aku lah, tapi kampung EncikGulaHati. Dapat lah jugak aku merasa raya dikampung. Tapi lagi indah kalau kampung sendiri kan.

Aku harap Ramadhan tahun ni lebih bermakna. Kepada bloggers, selamat menyambut Ramadhan Mubarak.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...